Saturday, August 22, 2020

PRN SABAH- BETULKAH UNTUK KESTABILAN POLITIK?

PENULIS tidak yakin, pilihan raya negeri Sabah untuk mengwujudkan kestabilan politik, kecuali keputusan tersebut berpihak kepada parti-parti yang mesra kerajaan Persekutuan.

Mari kita lihat kembali sejarah politik Sabah. 

Pada PRN tahun 1994, parti PBS yang membangkang kerajaan Persekutuan menang pilihan raya, akan tetapi tumbang dalam tahun yang sama. Pada Mei, 2018, Kerajaan BN yang membangkang Kerajaan Persekutuan tumbang tidak sampai 48 jam selepas membentuk kerajaan. Demikian juga kerajaan Warisan-UPKO-PH, tumbang, 5 bulan selepas tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan, kerana kerajaan Persekutuan yang disokong tumbang pada 24 Februari, 2020.

Berasaskan kepada senario di atas, jika keputusan PRN Sabah masih memihak kepada Warisan-UPKO-PH seperti mana hasrat TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal, maka kerajaan tersebut tidak akan stabil, dan masa sama juga, politik tidak stabil.

Jika berlaku, kejadian seperti mana latar belakang politik Sabah, yang mana wakil-wakil rakyat akan bertindak menyokong Kerajaan Persekutuan, dan parti yang menang PRN kehilangan sokongan majoriti, apa kah TYT juga akan membubarkan DUN, dan membuka jalan PRN? seperti mana yang beliau lakukan pada 30 Julai, 2020?

Para pengundi Sabah perlu mengambil iktibar pada latar belakang politik Sabah, setiap kerajaan negeri yang membangkang Kerajaan Persekutuan, tidak akan bertahan lama, kerana para wakil rakyat pada akhirnya akan memilih pembangunan dan kemajuan di kawasan masing-masing. Pembangunan dan Kemajuan, memerlukan peruntukan kewangan, kecuali lah para wakil rakyat tersebut hanya mahu menikmati elaun dan pencen tanpa memikirkan kemajuan para pengundi yang diwakili.

No comments:

Blog Archive