Monday, August 24, 2020

PRN SABAH: BERSATU- BERAUTONOMI!!!!

DI antara parti-parti yang berdaftar daripada luar Sabah, setakat ini, BERSATU SABAH memperlihatkan AUTONOMI daripada induk, atas sebab, tidak terdengar mana-mana pemimpin parti itu yang mewakili pusat bercakap berkaitan PRN Sabah, melainkan hampir semua komen atau ulasan hanya melalui Datuk Hajiji Haji Noor sebagai Ketua parti itu di Sabah. Gambaran demikian, menunjukkan, bahawa Bersatu Sabah benar-benar berautonomi. 

Menerusi keadaan demikian, maka untuk berhadapan PRN Sabah, kepimpinan parti itu di Sabah bebas menentukan nama-nama calon, selain kawasan-kawasan yang bakal ditandingi. 

PRN Sabah pada kali ini, parti-parti yang melawan Warisan Plus akan mewakili Perikatan Nasional (PN). Parti-parti tersebut, selain Bersatu adalah Umno, dan parti-parti tempatan lain seperti PBS, STAR dan PBRS. 

Walaupun parti-parti tersebut untuk sementara mempunyai tujuan yang sama, iaitu menggantikan Warisan Plus sebagai pemerintah kerajaan negeri, tetapi masih bertindak bersendirian kerana bakal menggunakan logo parti masing-masing. Kesepakatan hanya dilihat pada pengagihan kerusi, untuk mengelak bertembung sesama sendiri. 

Umno, MCA dan PBRS akan menggunakan LOGO dacing (logo BN), PBS akan menggunakan logo sendiri, demikian juga STAR dan juga BERSATU. 

Jika itu berlaku, maka ianya sebagai satu penyelesaian kepada keraguan siapa yang “lead” mewakili PN, kerana penentuan siapa akan menjadi Ketua Menteri, akan ditentukan oleh parti-parti yang mempunyai kerusi DUN atau ditentukan oleh wakil-wakil rakyat, seperti mana berlaku pada Kerajaan Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan juga kumpulan Tan Sri Musa Aman selepas keputusan PRN diumumkan. 

Dalam keadaan demikian, masing-masing parti perlu berusaha semaksimum mungkin untuk menang pada kawasan-kawasan yang ditandingi atau dengan kata lain, kekuatan sesebuah parti itu dicerminkan pada kebolehan menang sejumlah kerusi, bukannya berapa banyak yang ditandingi. 

Sebagai misalan, jika parti STAR bertanding 4 kawasan, dan semuanya menang, menunjukkan kekuatan parti tersebut, demikian juga jika Bersatu bertanding 23 kawasan, maka menang keseluruhannya, maka juga menggambarkan kekuatan parti itu dalam penentuan siapa “lead” kerajaan.

Untuk sementara, memang terdapat masalah antara parti-parti dalam mesra PN, khususnya siapa bakal Ketua Menteri, kerana UMNO juga mahukan jawatan tersebut, demikian juga Bersatu.

Untuk menyelesaikan isu tersebut, maka akan terletak, pada jumlah kerusi yang bakal dimenangi masing-masing, dan kemudiannya, siapa yang bakal disokong majoriti.

Terlalu awal untuk meramalkan, jumlah kerusi yang bakal dimenangi parti-parti dalam PN, namun jika pengagihan kerusi dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya, 48 kawasan DUN mempunyai peluang tinggi untuk dimenangi. Terserah kepada pemimpin masing-masing parti, untuk mencapai sasaran tersebut. 

No comments:

Blog Archive