18 PARTI politik akan berebut 73 kawasan DUN sempena PRN Sabah kali ini.
Parti mana yang mendapat kerusi terbanyak akan ditentukan oleh 1.12 juta pengundi.
SPR telah menentukan 12 September, 2020 sebagai hari penamaan calon, dan 26 pada bulan sama hari pengundian.
Walaupun SPR telah menentukan hari pengundian, tetapi belum ada kepastian, apa kah PRN negeri bakal diadakan, disebabkan adanya rayuan injunksi berkaitan kesahihan pembubaran DUN Sabah pada 30 Julai lalu.
33 ADUN Sabah yang diketuai Tan Sri Musa Aman, mempertikai keputusan TYT Sabah membubarkan DUN, atas sebab, ADUN yang memohon pembubaran tersebut kehilangan merit untuk menasihat TYT, kerana tidak disokong majoriti ADUN.
Tidak diketahui akan bila kah pendengaran rayuan daripada 33 ADUN tersebut yang telah difailkan pada 21 Ogos, sebaik sahaja Persuruhjaya Kehakiman, mahkamah tinggi Kota Kinabalu, memutuskan, bahawa keputusan TYT tidak boleh diadili oleh Mahkamah.
Mahkamah rayuan tidak boleh melengahkan keputusan, kerana SPR perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari, selepas pembubaran. Mahkamah perlu membuat keputusan sebelum 12 September, 2020, apa kah pembubaran DUN Sabah sah ataupun sebaliknya.
Jika pembubaran DUN Sah, maka seramai 1.12 juta pengundi Sabah akan mencuba keluar mengundi, meskipun masih berhadapan dengan pandemik Covid-19.
Jika PRN diteruskan juga, keputusan PRN tidak akan menggambarkan mandat sepenuh rakyat, kerana besar kemungkinan peratusan yang turun mengundi akan rendah, selain akan berlaku menghalang pengundi memasuki ruang pengundian dengan alasan tidak memenuhi SOP KKM, misalnya, suhu badan tinggi, adanya kontak fizikal, pengundi terlalu lama menunggu dan terpaksa berbaris panjang.
Pada PRN Sabah kali ini, jika 18 parti bakal berentap, menggambarkan bahawa senario politik Sabah masih dalam dalam tahap infan, belum ada kematangan, walaupun telah melalui 16 kali pilihan raya sejak merdeka pada tahun 1963. Selain itu juga, menggambarkan, ramainya pemimpin mahu menjadi KETUA, sehinggakan menyerupai seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Sepatutnya, pengundi mengambil iktibar, dan melepaskan diri daripada permainan parti-parti politik, dan perlu sepakat, hanya memilih parti yang mapan tidak tergoyangkan oleh badai, dan sudah tentunya parti itu dipimpin oleh pemimpin beritegriti. Tepuk dada tanya selera, untuk mencari para pemimpin yang berintegriti.
No comments:
Post a Comment