TERBONGKAR di Parlimen hari ini, apabila didedahkan semasa Kerajaan PH, kementerian Kewangan meluluskan RM6.61 bilion untuk 101 projek melalui rundingan terus yang bernilai purata RM65juta setiap sebuah. Terdedahnya, pemberian projek tersebut, kerana kerajaan PH telah tumbang.
Mengambil iktibar terhadap pendedahan tersebut, mungkin PUNCA utama, menagapa Datuk Shafie Apdal enggan menyerahkan jawatan Ketua Menteri pada 29 Julai, 2020 lalu, kerana TAKUT kerajaan yang menggantikan beliau akan mendedahkan salah guna kuasa.
Selama 27 bulan Shafie memerintah Sabah, beliau enggan mengumumkan jumlah simpanan kewangan negeri warisan daripada kerajaan lalu yang berjumlah RM3.74bilion, walaupun didesak untuk mengumumkannya.
Kemungkinan besar wang simpanan negeri sudah dibelanjakan untuk diagih-agihkan kepada syarikat-syarikat kroni menerusi rundingan terus.
Rakyat Sabah perlu menolak Warisan Plus pada PRN kali ini untuk mengetahui salah guna kerajaan Shafie. Kuasa ditangan rakyat, untuk memudah cara pembongkaran.
No comments:
Post a Comment