Monday, July 20, 2020

ISU KERAJAAN PN-HANYA MAJORITI DI PARLIEMN

Sebenarnya, kerajaan PN boleh terus memerintah, walaupun hanya mempunyai sokongan tipis daripada ahli parlimen, asalkan yang menyokong kekal/tidak bertukar parti. 

Sebaiknya, sokongan ahli parlimen yang menyokong PN, mengekalkan sokongan sehingga tamat penggal. 

Dalam keadaan negara dan rakyat berhadapan dengan wabak Covid-19, dan impaknya kepada ekonomi negara dan rakyat, adalah tidak sesuai diadakan pilihan raya umum, hanya kerana ada MP yang menyeberang atau menukar sokongan sehingga, Perdana Menteri tiada pilihan melainkan memohon daripada YDP Agong membubarkan parlimen. Lagipun penggal parlimen hanya berbaki kurang 2 tahun lagi, sebelum berakhir pada pertengahan tahun 2023. 

Memang jika dilihat daripada kestabilan politik, memang tidak stabil, kerana PN hanya mempunyai kelebihan 2 kerusi berbanding lawan. Di lain pihak, lawan sentiasa memberi tekanan, termasuk usul tidak percaya. 

Disedari, kerajaan PN bukan lah kerajaan yang diberi mandat pada PRU-14, melainkan kerajaan ini tertubuh kerana untuk menyelamatkan negara daripada kecelaruan politik, selepas Tun Dr Mahathir menumbangkan kerajaan PH yang beliau terajui pada 24 februari, kerana beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. 

Hakikat perlu diterima rakyat, bahawa yang memilih calon Perdana Menteri adalah ahli-ahli parlimen. Dan seterusnya yang menubuhkan kerajaan adalah Perdana Menteri termasuk menamakan jemaah menteri. 

Selepas ahli-ahli parlimen daripada MN, GPS, dan parti kecil daripada Sabah menamakan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri pada 28 Februari, maka YDP Agong dapati bahawa Presiden Bersatu itu diyakini mempunyai sokongan majoriti, maka YDP Agong berkenaan melantik beliau sebagai Perdana Menteri ke-8 negara. 

Terbukti, ahli-ahli parlimen yang menamakan TSMY dan perkenaan YDP Agong, tidak salah pilih, apabila TSMY diterima rakyat sebagai PM, kerana terbukti keupayaan beliau mengurus negara, termasuk mengurus pandemik Covid-19. 

Dalam senario politik sekarang, kerajaan PN yang diterajui TSMY hakikatnya diterima dan bersesuaian dengan aspirasi rakyat negara ini. Masalahnya yang ada hanya dalam soal majoriti sokongan di parlimen, itu sahaja isunya!!!.

3 comments:

Anonymous said...

Wahai penduduk Kampung Lidah Bercabang semua... 7.Ogos. 2020 satu pengumuman untuk penduduk Kg Lidah Bercabang.

Tun Mahathir Mohamad mengumumkan Kg Lidah Bercabang, sama ada atok akan menubuhkan sebuah parti baru atau tidak hanya akan diputuskan selepas 7 Ogos depan.

7.Ogos.2020 Hokeyyyy....!!

7 Ogos adalah hari di mana mahkamah akan memberikan keputusan berhubung kesahihan kes pemecatan Atok dan Boboi bersama beberapa pemimpin lain daripada Bersatu.

Menurut Tun Mahathir, jika kalah dalam kes mahkamah itu, atok akan menubuhkan sebuah parti baru untuk meneruskan perjuangannya bersama walaun Kg Lidah Bercabang.

“Jika menang, saya akan ambil alih Bersatu dan usir Muhyiddin Yassin daripada Bersatu,” jerit atok pada walaun Kg Lidah Bercabang.


Atok jerit lagi







Saya ulangggggggg.....!!!!

Unknown said...

Jerit atok, jangan tak jerit...😂

Anonymous said...

LHDN adalah di bawah Kementerian Kewangan. MoF dibawah kuasa Lim Guan Eng dan gang Tony Pua.

Pada masa tuntutan cukai ke atas Najib dan keluarga Najin dikenakan juga merupakan masa Tony Pua dan Guan Eng bermaharajalela dan banyak menyalah gunakan kuasa (saman Najib jika berani) untuk mengenakan Najib dan orang BN.

Di bawah undang-undang cukai Malaysia, seksyen 106 jelas menunjukkan bahawa LHDN ada kuasa untuk mengenakan sebarang cukai tambahan dan penalti ke atas mana-mana orang dan seksyen 106 (3) juga mengatakan bahawa mahkamah tiada kuasa untuk mengurangkan atau membatalkan tuntutan cukai LHDN biarpun tuntutan cukai itu disalah kira, tak adil atau tak patut.

Akta Cukai Pendapatan 1967:

“Section 106 (3): In any proceedings under this section the court shall not entertain any plea that the amount of tax sought to be recovered is excessive, incorrectly assessed, under appeal or incorrectly increased.”

Ini bermaksud, jika LHDN tuntut cukai RM3.76 Trilion pun, mahkamah perlu arahkan dfendan bayar RM3.76 Trilion. LHDN sila siasat anak Tun dan Lim Guan Eng pula.

Di bawah undang-undang tadi, "mahkamah tak ada kuasa" untuk pertikaikan tuntutan cukai LHDN.

Bayar dulu. Lepas bayar, baru boleh membuat rayuan di panel rayuan LHDN untuk mendapat kembali bayaran yang tak patut.

Sebab itu, kerajaan PH dahulu boleh kenakan tuntutan dan penalti cukai sebanyak RM1.7 bilion ke atas Bossku untuk wang yang disebut RM2.6 bilion walaupun ianya jelas wang tersebut telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan selepas ianya diterima manakala RM632 juta adalah terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi yang merupakan dana sumbangan asing yang tidak patut dikenakan cukai.

Tapi apalah nasib kita jika kuasa di bawah undang-undang cukai negara telah disalahguna oleh Guan Eng, Tony Pua dan gengnya untuk mengenakan musuhnya supaya mereka boleh memainkan propaganda untuk menipu rekayasa rakyat yang kurang faham akta dan proses tuntutan cukai?

Kebenaran akan dibuktikan akhirnya apabila Najib menghadap panel rayuan Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan nanti.

Klu cukai LHDN 1.6 billion brapa pendapatan tahunan fuyooo ratus trillion tuhhh..!! Logik kah walaun unta sekelian..!?

Klu bailout kena cukai tak..!?

Betapa celaka nya PH dibawah kuasa PM ke 7 dulu. Celaka lah sang fitnah

Blog Archive