HANYA kerana kuasa dan pangkat, Datuk Shafie Apdal memperalat Yayasan Sabah untuk balas dendam bagi menghalalkan politik kotor pilihan parti itu sejak ditubuhkan.
Semua tahu dan sedar, sebaik sahaja Shafie dan Warisan menguasai Kerajaan Sabah, tindakan pertama adalah mahu menangkap dan memenjarakan Musa.
Untuk merealisasiakan misi itu, tindakan pertama meminta TYT Sabah membuat laporan polis. Dalam laporan polis tersebut, kononnya, Musa membuat ancaman semasa majlis pengakatan sumpah Ketua Menteri pada 10 Mei, 2018.
Kerana tindakan menangkap Musa tidak terlaksana, ekoran laporan polis tersebut, maka Shafie menggali semula isu-isu lampau dan akhirnya berjaya membawa Musa ke mahkamah pada 5 November, 2018, 2 hari sebelum keputusan kemelut Ketua Menteri sah Sabah.
Musa walaupun seorang pemimpin politik, apabila beliau didakwa di mahkamah, tidak melibatkan siapa-siapa, tidak meminta rakyat atau pemimpin lain terbabit sama, malah tidak membuat kenyataan politik, apa lagi membuat dakwaan, bahawa pendakwaan terhadap beliau bermotifkan politik, walaupun semua pihak, beranggapan bahawa tuduhan terhadap beliau bermotif politik.
Musa lebih setahun, memberi perhatian penuh kepada kes mahkamah beliau, sehinggalah dibebaskan dan dilepaskan pada 9 Jun, 2020.
Selepas dibebaskan, Musa juga tidak membuat kenyataan politik, sebaliknya hanya mengucapkan kesyukuran, kerana mendapat keadilan dalam sistem perundangan negara.
Namun bagi Shafie, pembebasan dan pelepasan Musa, merupakan satu kegagalan politik kotor beliau yang beragenda balas dendam.
Shafie tidak akan berhenti dalam misi beliau, atas sebab itu, Yayasan Sabah dipilih sebagai alat, bagi merealisasikan misi tersebut.
Pemilihan Yayasan Sabah sebagai alat, kerana ianya satu agensi atau organisasi yang dekat dengan hati rakyat, apa tah lagi ianya merupakan sumbangan besar Bapa Kemerdekaan Sabah- Tun Mustapha Datu Harun kepada rakyat dan negeri Sabah.
Matlamat Shafie, hanya mahu membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Musa, melalui cara menyaman dan memberi tahu rakyat bahawa RM872juta wang yayasan tersebut telah hilang, kerana digunakan secara peribadi termasuk diagih-agihkan kepada keluarga dekat ADUN Sibuga tersebut semasa menjadi Pengerusi.
Atas sifat saman sivil, makna kata, ianya hanya satu anggapan, malah boleh dikategorikan sebagai fitnah, kerana tidak disokong fakta-fakta. Jika terdapatnya fakta-fakta, maka saman itu, tidak akan berbentuk saman sivil, akan tetapi termasuk dalam tuduhan jenayah di bawah akta SPRM.
Saman sivil, hanya akan berakhir, jika orang yang kena saman kalah di mahkamah, maka perlu membayar sejumlah wang yang dituntut, tiada implikasi lain.
Kerana tindakan Shafie mengarahkan Yayasan Sabah menyaman Musa, ADUN Sibuga itu bertindak balas meminta ganti rugi sejumlah RM1bilion dan perlu dibayar pada badan-badan amal pilihan beliau.
Semalam di Semporna, selain mengesahkan menerima surat tuntutan Musa, Shafie menjawab "See You In Court", malah beliau dengan angkuh akan berhadapan dengan Musa di mahkamah, kononnya atas kepentingan rakyat dan negeri Sabah.
Penulis melihat, tindakan Shafie menyaman Musa, adalah usaha mengalih pandang kebencian rakyat terhadap beliau dan kerajaan Warisan yang beliau terajui.
Kebencian rakyat tersebut bukan sahaja oleh rakyat bukan penyokong kerajaan Warisan, akan tetapi termasuk pemimpin akar umbi parti itu, apabila dizahirkan menerusi keluar beramai-ramainya ahli dan pemimpin akar umbi parti itu di kawasan Palimen Sepanggar semalam. Sepanggar adalah kawasan yang dipimpin Ketua Wira parti itu- Ajis Jamman, anak saudara Shafie.
Hakikatnya Shafie tersilap, apabila menyaman Musa, kerana sebahagian besar rakyat Sabah tidak percaya, terhadap butiran saman tersebut, kerana pihak berwajib yang menyiasat Musa bertahun-tahun, tiada keraguan, memutuskan, bahawa tiada sebarang salah laku yang beliau lakukan.
Penulis yakin, kakitangan Yayasan Sabah termasuk pengurusan tahu betul, apa yang berlaku di Yayasan tersebut semasa era Musa, sebuah organisasi yang sepatutnya kaya raya, akan tetapi hanya mempunyai aset dan wang simpanan RM300juta pada tahun 2003, tetapi dalam era Musa, bukan sahaja aset dilipat gandakan, malah simpanan kewangan pada tahun 2017 berjumlah RM1.5bilion.
Kerana kedayamajuan yayasan tersebut, maka dapat membina mercu tanda organisasi itu di Ibu Negeri, SICC!!!.
1 comment:
Post a Comment