KEBIMBANGAN Shafie terhadap Musa untuk kembali aktif dalam politik sangat terasa sejak ADUN Sungai Sibuga tersebut dibebaskan dan dilepaskan daripada semua pertuduhan rasuah dan pengubahan wang.
Ada lah fakta, sejak Shafie menjadi Ketua Menteri pada 12 Mei, 2018 atas sokongan Kerajaan Pakatan Harapan, tindakan mereka untuk mencipta berbagai tuduhan jenayah termasuk laporan polis.
Sama-sama kita tahu, Musa terpaksa menyelematkan diri daripada kolaborasi menganaya beliau, dan selepas keadaan reda, beliau memunculkan diri.
Kita tahu selepas sahaja Musa memunculkan diri, beliau terus ke Pejabat SPRM untuk disiasat, dan akhirnya pada 5 November, 2018 beliau dihadapkan ke mahkamah.
Selepas lebih setahun, pihak pendakwaan gagal memulakan perbicaraan, atas sebab mereka tidak dapat mengemukakan kertas pertuduhan yang boleh diterima mahkamah.
Musa lebih setahun turun naik mahkamah berhadapan dengan berbagai pendakwaraya yang saling berganti, pun demikian, masih tidak mampu memberikan kertas pertuduhan yang boleh diterima mahkamah untuk memulakan perbicaraan, akhirnya Jabatan Peguam Negara sendiri menarik semua pertuduhan dan seterusnya membebaskan dan melepaskan Musa daripada semua pertuduhan.
Akibat keputusan Jabatan Peguam Negara dan diterima mahkamah, Kerajaan Warisan yang dipimpin Shafie tidak berpuas hati, dan meneruskan agenda mereka bagai mana menuduh Musa, bagaimana mematikan langkah Musa, dan bagaimana membendung Musa kembali ke arena politik secara aktif.
Akhirnya Shafie mendapat idea mengarahkan Yayasan Sabah menyaman Musa untuk menuntut RM872juta, kononnya wang hilang kerana pengurusan konsesi balak semasa era Musa.
Walau bagai mana pun saman yang di dakwa difailkan secara e-filing tidak terdapat dalam sistem pengurusan mahkamah, sebaliknya Pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalul kiram Zakaria memilih sidang akhbar pada 19 Jun, 2020 untuk menghebahkan saman tersebut.
Kerana saman tersebut dilihat sangat tidak munasabah, dan tidak mengikut protokol mahkamah, Musa menerusi peguam beliau tetuan Tengku Fuad Tengku Ahmad menuntut ganti rugi RM1bilion daripada Datuk Shafie Apdal sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Jamalul Kiram Zakaria sebagai Pengarah Yayasan Sabah dan Peguam Shafie Datuk Douglas Lind, dan seterusnya tuntutan tersebut perlu dibayar dalam tempoh 24 jam kepada badan amal pilihan Musa.
Musa juga meminta 3 perkara tambahan, iaitu surat permohonan maaf tanpa syarat, dan permohonan maaf itu hendaklah disiarkan menerusi media arus perdana dan media sosial; Permohonan maaf itu perlu juga menerusi sidang media seperti pada 19 Jun, 2020, dan sidang itu perlu dihadiri media dan surat aku janji tidak akan mengulangi tindakan sama.
1 comment:
Tanjung Malim milik UMNO bukan MCA lagi.
New normal perlu diketengahkam dan pertikaian antara UMNO dan MCA berkaitan kedudukan calon di Parlimen Tanjung Malim yang menjadi perhatian umum sejak kebelakangan ini.
Peratus pengundi adalah Melayu. MCA perlu bertanding di majority Cina tunjukkan kekuatan dikawasan kaum Cina jika menang MCA berhak tuntut lrbih banyak jawatan Menteri.
MCA sial ni perlu diajar pengundi Melayu untuk pemimpin melayu. Pengundi Cina kau MCA berembat sesama pemgundi Cina.
New Normal Kawasan Majority Melayu untuk Parti Melayu...
MCA nak jadi jaguh dan dihormati pengundi bsngsa lain MCA perlu menang di kawasan Pengundi Cina.
Celaka lah MCA di kawasan Melayu...
Enough is enough
Noktah.
Post a Comment