Sunday, June 21, 2020

JAWAPAN KEPADA ZAINNAL AJAMAIN

STIGMA belajar tinggi-tinggi sangat melekat pada orang-orang melayu atau bumiputera di negara ini, kerana ianya sebahagian daripada ayat dalam kamus mereka untuk mengubah nasib.

Mungkin atas sebab itu tahun 1966, 3 tahun Sabah merdeka, Tun Mustapha Datu Harun menubuhkan Yayasan Sabah.

Matlamat yayasan itu selain meningkatkan sosio-ekonomi rakyat Sabah, juga menyaja anak-anak Sabah belajar daripada segi seragam sekolah, buku tulis, malah belanja harian untuk pelajar-pelajar yang dipisahkan dengan keluarga.

Apabila anak-anak Sabah yang hampir 100% adalah kaum bumiputera diberi peluang belajar tinggi-tinggi, maka apabila berjaya menamatkan pelajaran dan memperolehi sijil, maka akan masuk ke alam pekerjaan.

Pada awalnya mereka ini diserap sebagai penjawat awam, kemudiannya Yayasan Sabah juga menyerap mereka, kerana yayasan itu sendiri mengikut masa- berkembang, dengan mengwujudkan berbagai syarikat bersifat perniagaan.

Penubuhan Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) adalah puncak yayasan itu mengembangkan sayap dalam dunia korporat, tujuan utamanya selain mengurus semua aset yayasan, juga mempertahankan perolehan agar kekal sustainable untuk terus memberikan sumbangan kepada tujuan asal penubuhan yayasan tersebut, iaitu meningkatkan sosial-ekonomi rakyat Sabah, kekal menyaja anak-anak Sabah belajar tinggi-tinggi.

Sesuai dengan peredaran masa, jumlah anak-anak Sabah yang berpelajaran bertambah, di lain pihak sektor awam tidak lagi mampu menyerap mereka, sebab itu Yayasan Sabah bertindak pro aktif perlu mempelbagai aktiviti, semata-mata untuk membuka sebanyak mungkin peluang pekerajaan atau peluang perniagaan bagi mereka yang berminat. Kenapa istilah bagi mereka yang berminat digunakan? Kerana stigma asal, sukar dikikis, mereka belajar tinggi-tinggi perlu makan gaji, kerana itu lah tertanam di minda mereka daripada awal, kerana cara itu sahaja tertanam dalam jiwa mereka untuk mengubah kehidupan keluarga.

Kerana matlamat memberbanyak peluang pekerajaan, maka terwujudlah syarikat-syarikat perladangan, syarikat-syarikat perkapalan. Jika pembaca berminat mengetahui senarai syarikat-syarikat milik yayasan itu, boleh lah berkunjung ke Wisma Innoprise di Teluk Likas, menerusi direktori, terpampang senerai syarikat yang begitu panjang.

Perkembangan Yayasan Sabah mengikut garis masa, termasuk menyahut perkembangan teknologi, perkhidmatan, seperti sektor pelancongan, ruang persidangan bertaraf dunia.

Apabila diteliti, sejak penubuhan yayasan tersebut, mengwujudkan syarikat-syarikat, tiada segmen daripada semua entiti tersebut memberi peluang puluhan ribu peluang pekerjaan, termasuk lah syarikat-syarikat yang berkaitan pembalakan, peladangan, perkapalan.

Kerana pertimbangan tersebut, maka yayasan perlu bertindak ke depan, untuk mengwujudkan ruang yang boleh membuka peluang pekerajaan puluhan ribu. Mungkin, pengalaman Tan Sri Musa Aman dalam dunia perniagaan, maka di era beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah mengsyorkan agar yayasan tersebut perlu membangun atau membina ruang yang boleh menyediakan puluhan ribu peluang pekerjaan. Entiti itu, perlu dimiliki oleh Yayasan, kerana sebarang pulangan akan kekal milik yayasan.

Seperti mana yang kita tahu, Yayasan Sabah membina Sabah International Convention Centre (SICC) di Teluk Likas, yang dapat menyediakan 10,000 peluang pekerajaan kepada anak-anak Sabah. Selain itu, pusat itu boleh mendedahkan anak-anak Sabah di peringkat antarabangsa.

Penulis terbaca seorang pencacai Warisan Sabah yang bernama Zainnal Ajamain yang mempertikai, mengapa Yayasan Sabah membina pusat konvesyen tersebut, kerana kononnya kos yang yang digunakan boleh menampung ramai anak-anak Sabah belajar.  Mengapa pencacai itu terblok fikiran? Sedangkan mereka yang tamat belajar, perlu balik dan perlu mendapatkan pekerjaan.

Tidak malu kah pencacai itu, pemimpin pujaan beliau, hanya mampu menompang hasil kerja era Musa, mempaketkan minyak sawit keluaran Benta Wawasan. Berapa peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan dalam kilang membungkus tersebut? Lagi pun, aktiviti itu ada lah sebahagian rantai perniagaan Benta.

Cara pencacai itu berhujah, hanya menutup kelemahan Shafie mentadbir negeri, termasuk mengurus Yayasan Sabah. Selama 24 bulan memerintah negeri, satu gagasanpun bagai mana membangun dan memajukan negeri tidak dapat dicadangkan, malah apa yang berlaku, ada lah janji-janji bogus daripada syarikat-syarikat RM2, konon boleh melabur berbilion ringgit. Masuk akal kah syarikat RM2 boleh melabur berbilion?

Kepada Zainnal belajar lah menerima hakikat kebenaran, jangan terpaku dengan fikiran beku dan sentiasa negatif.


No comments:

Blog Archive