Monday, June 22, 2020

TUN-PM9, ANWAR P10, APA KAH HANYA GIMIK?

CUBAAN PH Plus menumbangkan kerajaan Tan Sri Muhiyiddin tidak pernah berhenti, walaupun berlaku perbezaan pendapat antara PKR, Amanah, DAP, Warisan dan penyokong Tun Dr Mahathir, mengenai siapa Perdana Menteri, Tun atau Anwar.

DAP, Amanah, Warisan dan penyokong Tun, masih berusaha menyakinkan PKR, bahawa hanya Tun, akan mendapat sokongan majoriti yang diperlukan. Kerana pertimbangan itu, maka PKR diminta setuju, menyokong. Yang paling penting, tumbangkan dulu kerajaan. 

Untuk Anwar jadi PM, aku janji akan dibuat, bahawa dalam tempoh 6 bulan, Tun akan letak jawatan lalu diganti Anwar... kedengarannya, macam cukup mudah. Tetapi, bukan semudah itu, kerana PM perlu ada yang melantik. Yang melantik itu adalah YDP Agong.

TSMY mempunyai dua pilihan, jika kerajaan beliau kehilangan majoriti, pertama -letak jawatan. Jika beliau letak jawatan, maka adanya kekosongan jawatan PM. Kerana adanya kekosongan, maka YDP Agong perlu melantik seorang yang difikirkan oleh Baginda mendapat sokongan majoriti. Akan tetapi, jika TSMY tidak letak jawatan, dan menasihat YDP Agong bubarkan parlimen, maka PRU-15 diadakan.

Jika parlimen bubar, apa kah Tun kekal calon PM PH Plus? atau Anwar?- kerana calon PM akan lead PH Plus dalam PRU.

Masih relevan kah Tun PM-9 dan Anwar PM10? atau kedua-duanya tidak akan bakal jadi PM lagi.

1 comment:

Anonymous said...

Kes Riza diputuskan mahkamah harap semua hormati keputusan mahkamah.

Hanya dengan nafas yang masih tersisa dendam kesumat dan fitnah masih jadi pilihanya. Masa bertaubat hampir tamat sudah sudah lah tu..

Tak habis habis Tun memainkan sentimen Riza yg dibebas tanpa dilepas. Tun yang tak habis habis menghasut menfitnah dengan sentimen dendam kesumat makin menjadi jadi. Rekayasa bodoh ini sesuai tahun 80'an. Rekayasa bodoh ini sudah ketinggalan zaman dan terlalu out dated.

Sedangkan kesemua kes Riza adalah keputusan mahkamah dengan fakta kes yang dibentang dan berhujah dengan fakta dan bukti mahkamah.

Ternyata Tun ini tidak menghormati keputusan mahkamah hanya keputusan mahkamah tidak mengikut cita rasanya yang dimahukanya.

Masa bertaubat hampir tamat sudah sudah lah tu.. dendam dan fitnah masih jadi pilihan.

Jangan nanti sesudah nafas taubat sudah tiada lagi maka fikirkan dari sekarang legasi tak guna ini pula akan jadi galang gantinya atas dendam fitnah tak berkesudahan..!! Fikirkan..!!! fikirkan...!!

Kes Riza menurut Najib selama lima tahun Riza menghadapi pelbagai kesukaran ekoran kes yang melibatkan dirinya sehingga tidak boleh melakukan sebarang perniagaan baru.

Betapa zalim nya kerajaan PH di bawah Tun Mahathir dari hari pertama hingga di bebaskan kes 'bebas tanpa lepas' lansung tidak dibicarakan di mahkamah.

Ternyata kerajaan PH hanya 'buy time' untuk membuli Riza anak tiri sambil membelasah Najib dan mensensasikan kes 1 MDB supaya rakyat hadam rekayasa jijik Tun Mahathir. Inj niat jijik Tin Mahathir menghancurkan orang yang di benci yang boleh mengancam legasi tak guna ini

"Jadi, kalau meneruskan tindakan mahkamah, Riza mungkin akan memakan masa 4 tahun lagi. Jadi (semuanya) 10 tahun, satu dekad dalam hidupnya, dia tak boleh buat apa-apa.

"Jadi dia kata, tak apalah, saya serah balik semua aset ni dalam penyelesaian ni. Saya nak kehidupan saya semula and my freedom (kebebasan saya), kebebasan untuk saya memulakan hidup semula.

Menurut Najib, filem-filem yang diterbitkan Riza "agak berjaya".

Ternyata filem Riza mencecah angka billion dan ratusan juta. Ini bukan 'kaleng kaleng' filem di hollywood.

"Filem pertama Wolf of Wall Street (2013) jana penjualan tiket AS$392 juta (RM1.7 bilion) berbanding kos AS$100 juta (RM430 juta).

Filem Dumb and Dumber To (2014) jana penjualan tiket AS$169.8 juta (RM730 juta) dengan kos pengeluaran AS$50 juta (RM215 juta).

Filem Daddy's Home (2015) jana penjualan tiket AS$242.8 juta (RM1.04 bilion) dengan kos AS$69 juta (RM297 juta)," menurutnya.

Bagi seorang ahli perniagaan berjaya di hollywood, apa lah nilai ratus juta dibayar sekiranya kebebasan dibelenggu oleh penguasa zalim.

Anak cucu Tun pun ada terbit filem masa Tun jadi PM ke 7. Low class filem maker and low quality production.

Ini bukan kes bail-out duit berbillion billion ringgit wang Petronas , KWSP, Dana Pencen dan Tabung Haji utk syarikat perkapalan dll

Riza Aziz bayar AS$40 juta lebih daripada AS$248 juta, kata Shafee..krrajaan tuntut semula duit bailout beratus billion dan juga perlu dibayar semula pada kerajaan.

Kalau Riza sanggup pulangkan dan bayar balik duit beratus juta ringgit, wang bailout anak anak Tun Mahathir beratus billuon ringgit juga perlu dibayar semula pada Petronas , KWSP, Dana Pencen LTAT dan TH

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan untuk melepaskan tanpa membebaskan Riza Aziz daripada 5 pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta

Elok dirampas harta dan hartanah kekayaan anak cucu Tun Mahathir untuk bayar semula wang bailout yang digunakan untuk menyelamatkan kerugian perniagaan anak Tun dahulu.

Rekayasa bodoh ini sesuai tahun 80'an. Rekayasa bodoh ini sudah ketinggalan zaman dan terlalu out dated.

Rakyat sudah menyampah bosan dan meluat dengan sentimen fitnah dan rekayasa bodoh ini. Rakyat makin bijak menilai cuma pemimpin makin memperbodohkan diri dengan sentimen rekayasa bodoh ciptaan nya

Enough is enough

Blog Archive