Tuesday, June 23, 2020

PH PLUS TAWAN KERAJAAN-MASIH ADA PERCAYA

KALAU berasaskan keputusan dan pendirian para MP menyokong Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada 29 Februari, 2020, semata-mata untuk menyelamatkan Malaysia, maka tidak timbul mereka yang menyokong itu akan berpaling tadah, walaupun pengecualian kepada MP Sri gading.

Jika para MP yang menyokong kekal dengan pendirian, bahawa tumbangnya PH, merupakan satu kejayaan melepaskan diri daripada kerajaan yang dikawal DAP, maka tidak timbul lagi, mantan-mantan MP yang pernah bersama DAP akan berpatah balik.

Setakat ini, penulis yakin dengan MP Sarawak daripada GPS, selagi gabungan itu masih dipengerusikan oleh Datuk Abang Johari Tun Openg, apapun cubaan PH Plus, samada memilih TUN sebagai calon PM9, gabungan itu tidak akan berganjak. Sokongan gabungan tersebut terhadap Tun sudah dinoktahkan, apabila menyokong TSMY.

Selagi PH Plus tidak mendapat sokongan GPS, selagi itu lah dalam senario sekarang, nampaknya pakatan tersebut akan terus bermesyuarat, mengeluarkan berbagai propaganda untuk santapan sendiri, syiok sendiri.

GPS Sarawak, sebelum tumbangnya PH pada 24 Februari, hanya bertindak sebagai mesra kerajaan PH, pimpinan Tun Dr Mahathir.

No comments:

Blog Archive