Thursday, June 04, 2020

RAKYAT YANG MENGUNDI WARISAN DITIPU BULAT-BULAT

JANJI Shafie yang mempengaruhi rakyat mengundi Warisan pada PRU-14 lalu dikhianati, misalnya janji tidak melantik ahli politik ke jawatan-jawatan syarikat berkaitan kerajaan jika menerajui kerajaan Sabah. 

Selepas mengambil alih kerajaan secara tidak sah, Jabatan Air Sabah melantik pemimpin parti Warisan. Kemudian itu semua agensi kerajaan melantik pemimpin politik yang menyokong kerajaan Warisan. Terbaharu, melantik pemimpin politik sebagai pengerusi GLC, di SOGIP, Benta Wawasan dan Warisan Harta. Di SOGIP adalah Timbalan Presiden Warisan, di Benta saudara beliau, demikian juga di Warisan Harta. 

Pendek kata di sabah ini, kebanyakan agensi kerajaan pengerusinya adalah pemimpin politik. 

Apa yang mendukacitakan rakyat lagi, cara kerajaan memberi projek-projek kepada syarikat-syarikat kroni menerusi tender terhad, khususnya di bawah kementerian yang diterajui Peter Anthony. 

Projek-projek khas di bawah Kementerian termasuk Jabatan Ketua Menteri, semuanya hanya untuk penyokong kerajaan warisan, bukan untuk rakyat Sabah. 

Apa yang malang lagi, secara umumnya, rakyat Sabah tertipu, apabila berlakunya serangan wabak Covid-19, hanya rakyat yang menyokong warisan dibantu, manakala rakyat yang bukan penyokong dibiarkan terkapai-kapai. 

Kerajaan Shafie menunjukkan bahawa khazanah Tuhan yang diberikan kepada negeri dan rakyat, hanya untuk mereka, bukan untuk rakyat Sabah secara keseluruhannya. 

Walaupun Shafie meminta maaf, atas ketidak adilan yang berlaku, namun majoriti rakyat Sabah tidak menerima permintaan maaf tersebut. Rakyat Sabah secara umumnya mengharapkan dengan segera, kerajaan Warisan Sabah tumbang untuk digantikan oleh kerajaan yang berjiwa rakyat secara keseluruhan. 

Para wakil rakyat yang menyokong Kerajaan PN patut diberikan peluang memerintah Sabah, kerana kerajaan PN telah membuktikan berkhidmat untuk seluruh rakyat, seperti mana tindakan kerajaan PN semasa serangan wabak Covid-19. 

Kerajaan PN begitu perhatin kepada rakyat, khususnya mereka yang berada dalam kumpulan M40 ke bawah, apabila 10.77 juta rakyat daripada 30 juta rakyat telah diberi bantuan tunai berjumlah RM11.5bilion, bantuan itu tidak termasuk pakej-pakej lain seperti kepada syarikat-syarikat termasuk PKS, restoran-restoran dan perniagaan kecil-kecilan seperti kedai gunting rambut. 

Semasa PKP ini sahaja, kerajaan Persekutuan telah menyalurkan tunai kepada 737,797 rakyat Sabah yang membabitkan RM864,097,700.00 berbanding kerajaan Sabah yang menggunakan wang kerajaan negeri berjumlah hampir RM700juta, tetapi hanya untuk segelintir sahaja. 

Andai kata Kerajaan Sabah di bawah kerajaan PN, penulis yakin, majoriti rakyat Sabah akan menikmati bantuan kerajaan. Tidak timbul lah kenyataan kerajaan, bahawa rakyat jangan bergantung kepada bantuan kerajaan.

No comments:

Blog Archive