Thursday, June 04, 2020

LOJIK KAH BERSATU KEMBALI KE PANGKUAN UMNO?

WALAUPUN Bersatu dalam keadaan bercelaru, tidak semestinya kemasukan Bersatu ke pangkauan Umno akan menyelesaikan isu yang dihadapi kerajaan PN yang bila-bila masa bakal tumbang kerana hanya mempunyai kelebihan satu kerusi selepas pendirian MP Sri Gading- Datuk Dr Shahruddin Md Salleh diragukan walaupun menyatakan kekal menyokong PN. 

Jika MPT Bersatu memutuskan untuk menyertai Umno apa kah 29MP yang menyokong Tan Sri Muhiyiddin Yassin akan kekal terutama daripada kumpulan Dato Azmin Ali?.

Daripada 30MP yang bersama Bersatu-TSMY, 6MP merupakan MP Bersatu ori, 14MP mantan Umno dan 10 mantan PKR (seorang mantan PKR itu tiada kelayakan masuk dalam Umno mahupun Bersatu-hanya mungkin ahli bersekutu? 

Berasaskan uraian di atas, jikapun Bersatu bercadang menyertai Umno, ianya bertujuan menghadapi PRU-15. Jika demikian, maka pembubaran parlimen, bukan isu lagi, tetapi bakal menjadi kenyataan sedikit masa lagi. 

Jika Bersatu menyertai Umno, maka pada PRU-15, maka akan menggunakan common logo dengan Muafakat Nasional/BN untuk berhadapan dengan PH. Akan terbukti kah sangkaan Dr Shahruddin, bahawa beliau lebih selamat dalam Bersatu bersama PH, berbanding dalam MN? Kerana jika dilihat undi pada PRU-14 di Parlimen Sri Gading, PH mendapat undi 21,511, (BN 18,233 + Pas 4,548)=22,781. 

Jika dilihat pada Parlimen Tanjung Piai, pada PRU-14, PH mendapat undi 21,255, manakala (BN 20,731+ Pas 2,962)=23,693 undi,  sementara semasa PRK BN 25,466 dan PH (Bersatu) 10,380. Jumlah undi Bn malah bertambah sebanyak 1,773 atau 7.48%. Jika peratusan yang sama dipanjangkan di Parlimen Sri Ganding, kemunkinan undi BN akan menjadi 24,485, ertinya, hujah Dr Shahruddin bahawa beliau lebih selamat bersama PH terbukti silap. 

Jika PRU-15 diadakan, besar kemungkinan majoriti rakyat Malaysia akan memberi mandat kepada MN/BN dengan kuasa 2/3, kerana kebosanan menghadapi kerajaan yang tidak stabil, jika kerajaan yang terbentuk mempunyai lebihan kerusi yang tipis. 

Penulis amat yakin, di kawasan melayu/bumiputera majoritinya akan dimenangi MN/BN. 

Penulis lebih gemar PRU-15 diadakan, berbanding mengembalikan kerajaan PH, jika benar lah kerajaan PN tumbang kerana kehilangan sokongan wakil rakyat.

3 comments:

Anonymous said...

PRU cepat sikit!

Tak sabar nak undi BN/MN

Demi menyelamatkan Agama, Bangsa dan Negara dari laknatullah DAP.

Anonymous said...

DEPA YANG MULAKAN GENDANG PERANG, NAJIB DISALAHKAN

Bekas PM Najib Razak ditempelak oleh Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh kerana tergesa-gesa mencadangkan pilihan raya umum ke 15 ketika wabak Covid 19 masih bergejala, sekolah ditutup dan ekonomi menderita
Menurut Ahli Parlimen Segambut itu, Najib amat tidak bertanggungjawab mencadangkan pilihan raya bagi menyelesaikan ketidaktentuan politik di negara ini
Beliau merujuk kenyataan Najib pada 3 Jun, apabila menyarankan Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai menyusun prosedur operasi standard (SOP) untuk pilihan raya.
“Ketika sekolah masih belum lagi dibuka, kedai gunting rambut hilang pendapatan selama 3 bulan dan sebahagian rakyat diberhentikan kerja, pemimpin Umno ini hanya sibuk mencadangkan untuk diadakan pilihan raya.
“Beliau malah sampai peringkat mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan dan SPR untuk segera merangka SOP untuk menghadapi pilihan raya,”

Hanna Yeoh parti kau yang bising akhirnya kau jugak yang meroyan mencipan

Anonymous said...

Bangangnya tak bertempat merata rata kebanganganya. Apa yang susah sangat Hannah Yeoh nak faham- Najib

1. Yang letak jawatan dan tumbangkan kerajaan? Perdana Menteri PH.

2. Yang usulkan undi tidak percaya dalam parlimen untuk jatuhkan kerajaan baru? PH dan Warisan.

3. Yang bermesyuarat minggu lepas untuk tumbangkan kerajan PN? Majlis presiden PH.

4. Yang dituduh letak kepentingan politik melebihi negara pada masa Covid? Najib pulak.

Dengar baik-baik Hannah dan PH.

Saya cuma cadangkan bubarkan parlimen untuk kembalikan mandat pada Rakyat melalui pilihanraya JIKA PH terus merebut kuasa dengan cubaan-cubaan berteruskan untuk tumbangkan kerajaan.

Mendapat mandat baru dari Rakyat agar kerajaan lebih kukuh dan stabil untuk melawan krisis ekonomi Covid.

Cara paling adil bagi semua dan paling sesuai untuk selesaikan kemelut politik.

Apa susah nak faham, Hannah?

Ni lah yang dikata bangang tak bertempat..

Point 1-3 Hannah tak nampak ke? Atau buat-buat buta tak nampak?

Point 1-3 bukan permainan meletak kepentingan politik melebihi negara pada masa Covid ke?

Korang yang tak habis-habis rebut kuasa sehingga kerajaan tak stabil.



Saya cuma cadangkan cara penyelesaian paling adil pada Rakyat tapi saya pulak yang dituduh letak kepentingan politik melebihi negara?

Giler betul, PH. Tak ke bangang name nye tu..!!

Blog Archive