TERFIKIR
kah anda, jika seseorang Perdana Menteri bertindak menyingkirkan 5MP daripada parti sendiri sedangkan mereka itu berpotensi memperkuat kedudukan, jika beliau tidak mempunyai strategi mengatasi
tindakan tersebut?
Sepakara
lagi, TSMY macam tidak terkesan dengan tindakan MP Sri Gading-Datuk Dr
Shahruddin Md Salleh meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya,
dan selepas mengumumkan perletakan jawatan dilihat berjumpa Tun Dr Mahathir.
TSMY
sedar gerakan menumbangkan kerajaan campuran beliau yang diketuai Tun dan Dato
Seri Anwar Ibrahim sedang rancak diadakan.
Tindakan tersebut, ingin membawa
semula krisis politik dalam negara.
Namun bezanya, jika krisis politik pada
Februari lalu kerana perletakkan jawatan Perdana Menteri, senario di depan
adalah undi tidak percaya kepada kerajaan semasa sidang parlimen untuk menimbulkan semula krisis.
Pada
keadaan sebelum sidang parlimen, tindakan yang boleh dilakukan PH Plus, hanya
mengumpul sebanyak mungkin surat akuan (SD) dan jika melepasi angka 112 boleh
lah menghadap YDP Agong. Walaupun itu berlaku, YDP Agong terpaksa juga menunggu
sidang parlimen, kerana kuasa memanggil sidang parlimen adalah kuasa Perdana
Menteri sebagai Ketua Majlis Mesyuarat.
Atas
kesadaran tersebut, maka pemimpin PH Plus tidak menghadap YDP Agong untuk
menyembahkan SD, kerana Agong tidak ada kuasa memecat Perdana Menteri dan
seterusnya menggantikannya dengan yang lain.
Apa
pun senarionya, jika PH Plus tidak berjaya dalam usul tidak percaya, mereka
akan terus berbuat demikian melalui penolakan Bajet Negara tahun 2021. Jika mereka berjaya, pengertiannya kerajaan
tidak mempunyai sokongan majoriti, tetapi tidak membawa pengertian kerajaan
tidak wujud atau tumbang, sebaliknya kerajaan berstatus kerajaan minoriti. Pada
kedudukan ini, kerajaan terus berfungsi, tetapi tidak dapat meluluskan bajet
atau mungkin tambahan bajet. Tetapi, kerajaan terus berfungsi seperti biasa.
Namun,
pada keadaan status kerajaan minoriti, sudah tentu, pembangkang akan terus
mendesak, supaya Perdana Menteri dan kabinetnya meletakkan jawatan. Pada
keadaan ini, Perdana Menteri boleh menasihatkan YDP Agong membubarkan Parlimen
untuk membuka jalan PRU-15. Jika jalan tersebut dipilih, maka hasrat PH Plus untuk
kembali ke Putrajaya, hanya akan berlaku, jika mereka menang pilihanraya.
Senario ini perlu difikirkan oleh 2-3 MP daripada Bersatu yang mempunyai hasrat menimbulkan semula krisis politik, apa tah lagi keadaan wabak Covid-19 yang menyeksa rakyat belum reda dan belum ada vaksin penawar.
2 comments:
Maka benarlah prediction sasterawan TERSOHOR NEGARA Allahyarham Shahnon Ahmad yang mengisahkan KEPALA TAIK akan terpelanting dengan sendirinya! Tanpa perlu KEMUTAN!
Novel SHIT hanyalah sebuah novel satira rakyat!
Ianya jauh lebih menarik dari novel hasil nukilan sasterawan yang telah mengangkat PEMIMPIN2 KAFIR sebagai PENGHULUnya dan kini dikatakan INGIN pula MATI DIATAS TIKAR SEJADAH?
Kah..kah..kah..
Mungkin Anwar ada masalah dengan saya – Mahathir.. (Kah kah kah dengan muka bodoh buat buat tak tau pulak dahhh..atok buat perangai balik alahai)
Dr M: Saya tiada masalah dengan Anwar, dia saya tak tahu. (Biasa la atok kau dja akan bantai cakap dia tak tau.. kikiki walaun unta jer yang buat tak tau kann kann..kikiki)
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim, namun tidak tahu apakah pemimpin berkenaan juga merasakan perkara yang sama. (Kau orang tengok la camner lidah bercabang cuba nak membelit lagi tu.. cukup cukup la atok bodoh nya walaun unta tak nnpk lagi ke lidah bercabang nak membelit lagi tu)
Mahathir juga berkata beliau tidak mahu menjadi perdana menteri sekali lagi, tetapi akan memegang jawatan itu jika diminta untuk sementara waktu. (Cakap jer la aku nak jadi PM dng muka tak tau malu)
Ditanya mengenai hubungannya dengan Anwar, Mahathir berkata: “Setahu saya, saya tidak mempunyai masalah dengan Anwar.” ( kikiki setahu kita orang walaun unta jer yg terkinja kinja dng lidah bercabang ni)
Post a Comment