SEPATUTNYA pada petang
jumaat (5 Jun 2020) sidang media Tun untuk mengumumkan, bahawa kerajaan Tan Sri
Muhiyiddin Yassin kehilangan sokongan majoriti, namun ianya tidak menjadi
apabila MP yang diperkirakan akan mengumumkan menarik sokongan sebaliknya yang
berlaku.
Kerana misi yang tidak
kesampaian, sehinggakan Tun berkata bahawa sokongan terhadap PH Plus seperti
iklan chipmore sekejap ada sekejap tak ada.
Pada khamis berlaku dua
perjumpaan yang berbeza di antara para pemimpin PH Plus. Perjumpaan pertama
membabitkan Tun, Datuk Shafie Apdal, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Anthony Loke dan
Dato Mukhriz Mahathir. Perjumpaan kedua membabitkan Dato Seri Anwar Ibrahim,
Mat Sabu, Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Dato Saifuddin Nasution Ismail.
Pada petang Khamis juga,
Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga MP Sri Gading meletakkan jawatan serta
merta sebagai timbalan menteri. Selepas menghantar surat, beliau bergegas
berjumpa Tun dan disambut dengan lagu Bersatu, dan catitan Selamat Kembali.
Ada lah dipercayai dua
perjumpaan pemimpin PH Plus pada Khamis, ekoran desas desus 3MP daripada Bersatu
akan menyokong semula Tun. Desas desus itu dikatakan akan dimuktamadkan pada
petang jumaat.
Namun, apa yang berlaku,
selain sokongan MP yang dimaksudkan kekal menyokong TSMY, malah berikrar tidak
akan bakal meletakkan jawatan. Dengan pendirian tersebut, maka cubaan untuk
menghilangkan sokongan terhadap TSMY gagal.
Kini, bukan sahaja usaha
menghilangkan sokongan terhadap PM tidak menjadi, malah mendapat suntikan baharu, apabila MP
Lubok Antu daripada PKR Jugah Muyang keluar parti dan seterusnya membuat ikrar
menyukung kerajaan TSMY dan GPS.
Nampak gayanya, gerakan
menumbangkan kerajaan TSMY semakin tidak kesampaian, kerana kerajaan yang
didoakan oleh rakyat ini semakin hari semakin kukuh, ibarat diam ubi berisi!!!.
Tun dapat merasakan sudah,
bahawa gerakan beliau menumbangkan kerajaan campuran TSMY semakin tidak
menjadi, sebab itu mengunakan cara lama beliau dengan membuat berbagai dakwaan
dan tuduhan, menembak peluru kapur merata tempat. Menuduh kerajaan TSMY mahu
mengganti Datuk Noor Hisham Abdullah sebagai DG KMM dengan ahli politik,
sedangkan jawatan DG adalah untuk penjawat awam, menuduh kerajaan menggunakan
SPRM untuk menangkap pemimpin ARMADA, sedangkan yang ditangkap itu ada kaitan
dengan laporan kehilangan wang MP Muar,
penyokong beliau.
Dalam sidang akhbar petang
tadi, Tun mengancam SPRM untuk menghentikan siasatan, untuk menghentikan beliau
membongkar salah laku kerajaan. Malah beliau juga mengancam untuk menggunakan
media asing untuk membongkar salah laku Kerajaan. Namun, apabila ditanya
wartawan, berkaitan salah laku kerajaan, mantan PM 4, 7 dan 7i itu belum bersedia mendedahkannya.
Mungkin Tun sudah terbiasa mengunakan agensi kerajaan menekan lawan, sebab itu beliau berfikiran, maka tindakan serupa juga digunakan.
Semasa PH berkuasa 22 bulan, ramai pemimpin di bawa ke mahkamah oleh SPRM, dengan berbagai dakwan yang pelik-pelik, manakala para pemimpin PH walaupun sedang dibicarakan dibuang kes dan ditutup. Mungkin Tun terkenang tindakan seperti itu..
3 comments:
Henti guna SPRM untuk ganggu pembangkang atau saya dedah salah laku k'jaan - Tun Mahathir
Bring it on atok... dedahkan sekarang jangan acah acah power...
Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mengancam akan mendedahkan salah laku kerajaan sekiranya tidak berhenti menggunakan agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengganggu pembangkang.
Wahai si celaka ... bring it on dan dedahkan salah laku itu....
Acah acah power si bacol atok ni
Bring it on atok jgn ugut ugut dan jangan jadi bacol...!!
DAP mmg suka bela Melayu bodoh2 dan gila kuasa mcm maddey, aljubs dan wakil2 banggang PAN. Disebabkan kegilaan kuasa yg tak terbatas, senang je DAP umpan dgn janji2 jawatan walaupun kos nya tinggi iaitu perpecahan dan penindasan Melayu Islam!
Bodoh dan buta tuli sebab gila kuasa!
ptuih!
psstt..!! ako kopi pes bulat bulat dari blog laman reformasi.. baru nak belajar berjinak jinak jadi batu api..kah kah kah..haahh tepokk..!!
TUN M TIDAK PERLU MERINTIH LAGI...KAMI DAH BOSAN !!
(Kah kah kah baru nak belajar camner nak jadi lidah bercabang sambil membatu api.... rupa rupa nya seronok jugak jadi lidah bercabang sambil membatu api dn adu domba nih..!! kah kan kah... belajar jadi batu api dari Atok kau... kah kah kah kahhh... suma ni aku kopi pes dari blogger laman reformasi..kah kah kah..)
Anwar tetap cool, terus seperti biasa sbb dia dah biasa ditekan dan susah. Tun yg kelihatan tidak tentu arah, tambah pulak ramai anak2 buah dia disiasat oleh SPRM. Tun risau SPRM tidak berlaku adil terhadap anak2 buah dia.
Aku nak ingatkan Tun, bukan saja budak2 kamu akan terlibat dan ditekan, kamu dan anak2 kamu juga akan kena nanti. Ramai dalam puak parti kleptokrasi tu amat berdendam kpd kamu. Apa yang patut kamu buat?
Satu cara saja iaitu berusaha kembalikan semula kerajaan mandat rakyat dulu. Beri sokongan kpd Anwar untuk menjadi PM seperti yang kamu pernah janjikan. Jika tidak, kamu tak perlu minta simpati dari sesiapa nanti jika tiba masanya kamu akan menjadi mangsa mereka. Buat Anwar, dia sudah bersedia sejak puluhan tahun dulu untuk ditekan, diaibkan, dipukul mahupun dipenjarakan. Adakah Tun mampu lalui seperti Anwar?
Rakyat dah bosan dengan putar belit Tun. Semakin Tun mengadu tentang nasib dirinya dan bagaimana partinya menganiayai beliau, semakin rakyat meluat untuk mendengarnya kerana Tun tidak pernah sedar dan insaf.
WFAUZDIN NS
(tahniah penulis WfNs nih tulisan padat dah boleh membatu apikan dan laga lagakan walaun Bang Non dan walaun unta Tun... kah kah kahh..kah kah.. sesudah membatu apikan depa semua kita kasi tepokkk sambil makan pop corn...
jangan salah kan kami jadi batu api pula, salahkan atok yang mengajar rakyat Malaysia selama 22 tahun 22 bolan membatu api seluruh rakyat Malaysia selama ini.. kah kah kah..lepas ni cari bahan batu apikan DAP dan MCA)
hahhhh tepokkkk..!!! bukan salah saya yyaa.. salahkan atok kau
Post a Comment