Saturday, June 06, 2020

MALANG SUNGGUH NASIB RAKYAT MALAYSIA


MENGAPA nasib rakyat Malaysia dikatakan malang? Sebabnya hanya satu, iaitu mempunyai pemimpin yang sentiasa berpolitik tidak mengira masa.

Sepatutnya selepas plihanraya Umum (PRU) mereka yang diberi mandat, meneruskan kerja, menunaikan janji-janji, demi rakyat dan negara.

Tetapi apa yang berlaku, para pemimpin terus berpolitik sepanjang masa mengabaikan mandat yang diberikan rakyat.

Akibat berpolitik, keputusan PRU pun boleh berubah, parti yang sepatutnya memerintah, dinafikan memerintah. Kerana faktor ini lah, telah menjadikan nasib rakyat Malaysia itu begitu malang.

Tindakan pemimpin kononnya diluar kotak, sehinggakan menimbulkan krisis politik, menyebabkan lagi nasib rakyat semakin malang.

Kerana nasib malang yang dihadapi rakyat, instituasi yang bebas/neutral pun menunjukkan kebosanan, yang mana kebosanan itu ditunjukkan menerusi nasihat, seperti mana Titah YDP Agong semasa pembukaan Parlimen pada 18 Mei, 2020, dan juga ancaman seperti Titah DYMM Sultan Johor  baru-baru ini bahawa Baginda akan membubarkan DUN negeri itu jika wakil-wakil rakyat terus berebut kuasa.

Ancaman Covid-19 yang melanda negara dan dunia, sepatut menjadi pemangkin kepada semua pemimpin untuk bekerja ke satu arah, iaitu menyelematkan rakyat dan negara, tetapi ianya tidak berlaku, seolah-olah musibah tersebut sebagai wadah berpolitik dan medan berebut kuasa.

Tan Sri Muhiyiddin Yassin dalam satu temu bual selepas dilantik sebagai PM-8, telah mengutarakan visi beliau, khususnya dalam tempoh wabak Covid-19, untuk sementara waktu melupakan hal-hal politik, sebaliknya mengembelingkan tenaga untuk membendung wabak, menangani isu-isu ekonomi dan cuba menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat.

Malangnya pendirian itu bertolak belakang dengan pemimpin yang ingin merebut kuasa, golongan ke dua ini saban hari berpolitik, termasuk melakukan usul tidak percaya kepada kerajaan.

Kalau kita amati secara jelas, krisis politik negara ini ditimbulkan sendiri oleh para pemimpin yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU-14. Kerana tindakan mereka, maka Perdana Menteri yang mereka pilih terpaksa meletakkan jawatan. Kerana perletakkan jawatan tersebut, maka dengan sendirinya kerajaan yang ditubuhkan juga terbubar atau tumbang.

Mungkin, perletakkan jawatan PM dan tumbangnya kerajaan, dan kemudian perlantikan PM yang baharu dan pembentukan kerajaan yang baharu, maka krisis poltik terhenti, sekurang-kurangnya sehingga PRU akan datang. Akan tetapi situasi tidak lah demikian, malah semakin parah krisis politik.

Apa kah yang mengaku sebagai pemimpin ini, tidak terfikir langsung bagai mana rakyat menderita selain terseksa semasa wabak covid-19 ini? Di mana sudah naluri kemanusian mereka?

3 comments:

Anonymous said...

Bossku Ini baru anak jantan.. bukan bacol..!!

Wartawan telah bertanya kepada Ketua Pendakwaraya lantikan Tommy Thomas, si Sithambaram tentang apa pengalamannya menyoal balas DSN di mahkamah.
Sithambaram kata, walaupun DSN adalah mantan PM, sungguhpun beliau dihormati, namun DSN tidak diberi keringanan oleh pasukan pendakwaan ketika sesi soal balas ketika DSN menjadi saksi.
Seterusnya Sithambaram mengatakan bahawa beliau mempunyai pengalaman amalan guaman selama 42 tahun.
Dan beliau telah menyoal balas DSN di kandang saksi selama hampir 11 hari dan ia satu pengalaman yang agak menakutkan.
Namun komen saya secara adilnya, sungguhpun ramai mungkin tidak sukakan komen ini, DSN adalah merupakan seorang saksi yang tidak berselindung atau memanipulasi kedudukannya dan beliau telah menjawab soalan-soalan saya sebaik yang beliau boleh.

Lepas ni tangkap Lim Guan Eng, Tun Taik Bang Non kita tengok dia brani jawab dlm mahkamah atau duk celah bontot peguam depa.... maha bacol..!!

Malu apa bossku...!! Bossku tidak bacol

Bring it on...

Malaysia milik kutty? said...

Org tua yg dah hilang pedoman di akhir hayat. Sekejap nak letak jawatan sekejap nak balik jawatan. Kebajikan rakyat belakang kira. Keluarga dan KRONI lebih penting.

AKU DAH MULA MEMBENCI ORG TUA GILA NI!!!

Langkawi tolong la jangan memilih org tua gila ni jadi MP lagi. Jangan ikut emosi pada "jasa2" yg sedikit dalam 22 tahun. Ingat berapa billion kroni2 org tua ni dapat dalam 22 tahun!

Malaysia bukan milik Kutty. Kedah bukan milik Kutty. Langkawi bukan milik Kutty.

Anonymous said...

Bila Din Pagoh menjadi PM, perkara pertama yang dibuatnya adalah menjaga KEBAJIKAN SEMUA RAKYAT!

Ia sangat berbeza semasa Atok menguasai kerajaan selama 22 bulan yang hanya menolong kaum kroni, taukeh2 DAP. Hari2 mereka bercakap berkenaan sekolah cina, bantuan sekolah cina, abu chin pin, menjaja kepada dunia bahawa Malaysia telah bengkrap, munyuroh Atok mengiktiraf sukatan pelajaran taiwan, tanglong, menghias sekolah secara berlebih2an dengan warna merah, mahukan status bebas tanah2 kampung baru cina dan segala macam perkara berkenaan cina!

Blog Archive