Thursday, June 04, 2020

KERAJAAN WARISAN SABAH-BUKAN UNTUK RAKYAT


SELAMA PKP, majoriti rakyat Sabah, seperti tidak berkerajaan, kehidupan layaknya seperti ungas, binatang mencari makan sendiri, tetapi ada hadnya, tidak bebas kerana khazanah itu dikawal undang-undang kerajaan. Rakyat tidak bebas meneroka tanah, tidak bebas meneroka laut, tidak bebas meneroka hutan, tidak sama dengan ungas-ungas dan binatang-bintang liar di hutan.

Di sebaliknya sedikit daripada rakyat tersebut adalah mereka yang dipanggil sebagai wakil rakyat, menteri, pembantu menteri, pengerusi GLC, pemaju masyarkat yang bergaji, mereka ini semua mendapat manafaat daripada khzanah yang disediakan Tuhan kepada  semua rakyat, akan tetapi hanya seolah-olah semua ini dikhaskan kepada mereka  yang berpangkat.

Selama PKP, mereka yang berpangkat itu tidak mahu tahu, bahawa sebahagian besar rakyat, terpaksa mengikat perut, kalau pun boleh menanak nasi, tetapi berlaukkan garam atau kitcap.

Kerana atas kesadaran, bahawa rakyat yang terjejas kerana PKP, wakil rakyat bukan daripada kerajaan (17 orang) mengambil inisiatif sendiri sesuai dengan kemampuan masing-masing cuba membantu rakyat, tanpa mengira siapa mereka. Sebagai contoh, sebelumpun kerajaan mengumumkan menggunakan wang kerajaan menerusi Pakej Bantuan Covid-19, mantan Ketua Menteri Sabah yang juga ADUN Sibuga- Tan Sri Musa Aman menyalurkan bantuan pribadi sebanyak RM1juta melalui Badan Perhubungan Umno Sabah. Semasa menyalurkan bantuan tersebut, mantan Ketua Menteri itu berkata semoga bantuan sedikit itu, dapat meringankan beban rakyat yang terjejas.

Rakyat tahu, bahawa wang kerajaan negeri sebanyak hampir RM700juta digunakan kononnya untuk membantu rakyat yang terjejas kerana wabak covid-19. Malangnya bantuan itu, tidak merata, hanya sebahagian kecil rakyat sahaja yang mendapatnya, khususnya mereka yang menyokong kerajaan warisan.

Datuk Shafie Apdal terpaksa mengeluarkan kenyataan permintaan maaf, kerana mungkin tidak tertahan lagi tomahan, bahawa kerajaan yang beliau terajui adalah kerajaan penipu, pembohong, pilih kasih dan semua rungutan daripada rakyat yang dianggap ungas dan binatang liar yang dibiarkan mencari makan sendiri, tetapi terkurung, dilarang berbuat itu ini, kerana khazanah yang terbentang luas, bukan milik mereka, akan tetapi milik negeri yang hanya dinikmati oleh mereka yang menyokong kerajaan.

Pengalaman rakyat Sabah selama PKP (Perintah Kawalan Pegerakan) kerajaan yang diterajui Warisan, bukan lah kerajaan untuk keseluruhan rakyat, sebaliknya hanya untuk segelintir.

Kerana sifat kerajaan Warisan sedemikian, maka tidak sepatutnya kerajaan seumpama ini diteruskan atau disokong.

Kepada wakil rakyat yang masih menyokong Kerajaan Warisan, jika anda masih mempunyai rasa kemanusian, berhenti lah menyokong kerajaan pimpinan Datuk Shafie. kerajaan yang diperolehi bukan mandat rakyat, akan tetapi ditentukan oleh wakil-wakil rakyat yang khianat.

Kepada mereka yang membaca tulisan ini, Shafie sudah memberi isyarat bahawa Kerajaan PN (jika itu yang ditunggu untuk tumbang) bakal tumbang, tidak lagi menjadi kenyataan, kerana ditunjukkan oleh Shafie, apabila melantik mantan menteri MITI-Darell leiking sebagai Pengerusi SOGIP, dan mantan timbalan menteri KDN- Aziz Jamman sebagai Pengerusi Warisan Harta, yang mana dua MP itu sebahagian wakil Warisan semasa kerajaan PH pusat.

Menilai, bagai mana Kerajaan Warisan mengurus wabak Covid-19, adalah wajar, setiap rakyat yang menginginkan kerajaan yang adil dan membela rakyat, berharap kerajaan Warisan tumbang, mengikut kerajaan Johor, Melaka, Perak dan Kedah, selepas kerajaan PH pusat tumbang.

No comments:

Blog Archive