Wednesday, June 03, 2020

GERTAK TUMBANGKAN KERAJAAN PN- SAMPAI BILA?

PH PLUS setiap hari memasang jerat, dan setiap sampai waktu, memeriksa jerat kalau-kalau dapat menjaring 2-3 ahli parlimen  daripada PN.

Pada 29 Mei,  jerat mereka hampir mendapat mangsa, nasib baik MP yang bakal jadi mangsa tangkas menekan brek, jika tidak- terjaring sudah.

Mereka yang memasang jerat, nampak sudah bahawa 3 mangsa menghala ke jerat, sebab itu heboh, PN bakal tumbang atau parlimen bakal tergantung.

2 bakal mangsa cepat-cepat menafikan, tidak terjerat. Manakala, seorang lagi sanggup masuk jerat, jika mendatangkan kebaikkan pada dirinya dan kepada yang menjerat.

Ironinya, mereka yang bakal menjadi mangsa jerat, adalah separti dengan Perdana Menteri, malahan ahli parlimen ori.

Melihat game daripada jauh, jikapun kerajaan PN yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin tumbang, bukan daripada Umno, PAS, GPS, MCA, MIC, PBS, PBRS,  atau STAR melainkan daripada parti Perdana Menteri.

Kedudukan  kerajaan PN yang hanya mempunyai 113 ahli parlimen, 2 MP berpaling tadah- parlimen tergantung, 3 MP berpaling tadah- maka tumbang. Jika tumbang, apa kah ada perlantikan PM-9? Atau bubar parlimen.. Bubar parlimen adalah jalan terbaik menyelesaikan kemelut politik. Biar lah rakyat menentukan kerajaan yang stabil, lagi pun UMNO sudah memberi isyarat, bersedia untuk PRU-15.

Umno tidak boleh menang bersendirian. Perlu berkerja sama dengan parti-parti lain. Kerana piagam bersama PAS, maka adanya Muafakat Nasional. Umno masih dengan BN bersama komponen asal MCA dan MIC plus PBRS parti kecil daripada Sabah.

Jika Umno bersifat setia kawan, maka perlu berganding bahu dengan parti-parti dalam “perikatan nasional”.  Gunakan lah pendekatan menang-menang, jangan tamak, yang mustahak Malaysia diperintah oleh parti yang berlandaskan parti melayu/bumiputra.

Kalau agihan kerusi antara Umno, Pas dan Bersatu tersusun dengan baik, 3 parti itu boleh menang sekurang-kurangnya 110 kerusi. Hanya memerlukan 38 kerusi daripada GPS, MCA, MIC, PBS, PBRS dan STAR untuk mendapat kuasa 2/3.

Berasaskan mood rakyat sekarang, jika PRU-15 diadakan, PN bakal menang dengan kuasa 2/3  seperti mana sebelum PRU-2008.

Jika pihak PH Plus terus mengertak menumbangkan kerajaan, maka PN perlu lah membuka jalan untuk PRU-15.

PN kena ikut mood rakyat yang muak dengan tindakan menumbangkan kerajaan, kerana bukan sahaja menyebabkan pelabur asing enggan masuk melabur, juga kerajaan tidak dapat menumpuhkan masa kepada pemulihan ekonomi impak kepada covid-19.

1 comment:

Anonymous said...

Kerusi-kerusi Parlimen PH yang bakal lingkup jika Parlimen dibubarkan July 2020 ini atau yang mana lebih dulu :

1. Kangar
PH = 20,909
BN + PAS = 23,771

2. Jerlun
PH = 18,695
BN + PAS = 25,242

3. Kubang Pasu
PH = 29,984
BN + PAS = 30,350

4. Pokok Sena
PH = 28,959
BN + PAS = 41,791

5. Kuala Kedah
PH = 36,624
*lBN + PAS = 36,624

6. Merbok
PH = 30,902
BN + PAS = 40,448

7. Sungai Petani
PH = 45,532
BN + PAS = 46,723

8. Padang Serai
PH = 31,724
BN + PAS = 38,360

9. Kulim Bandar Baharu
PH = 23,159
BN + PAS = 31,184

10. Parit Buntar
PH = 16,753
BN + PAS = 25,967

11. Tambun
PH = 38,661
BN + PAS = 48,289

12. Lumut
PH = 21,955
BN + PAS = 31,690

13. Tanjung Malim
PH = 24672
BN + PAS = 29,625

14. Raub
PH = 20,659
BN + PAS = 25,366

15. Indera Mahkota
PH = 28,578
BN + PAS = 35,143

16. Kuantan
PH = 22,807
BN + PAS = 28,363

17. Temerloh
PH = 23,998
BN + PAS = 36,828

18. Bentong
PH = 25,716
BN + PAS = 29,390

19. Sungai Besar
PH = 17,350
BN + PAS = 23,856

20. Hulu Selangor
PH = 40,783
BN + PAS = 44,012

21. Kuala Selangor
PH = 29,842
BN + PAS = 29,879

22. Kapar
PH = 47,731
BN + PAS = 57,837

23. Kuala Langat
PH = 43,239
BN + PAS = 44,858

24. Titiwangsa
PH = 23,840
BN + PAS = 26,546

25. Kuala Pilah
PH = 18,045
BN + PAS = 22,192

26. Tampin
PH = 22,435
BN + PAS = 26,031

27. Tangga Batu
PH = 32,420
BN + PAS = 36,722

28. Sri Gading
PH = 21,511
BN + PAS = 22,771

29. Tanjung Piai
PH = 21,255
BN + PAS = 23,693

30. Putatan
PH = 14,106
BN + PAS = 14,201

Jika dicampur jumlah kerusi

BN 79 + PAS 18 + 30 = 127 Kerusi Parlimen
Kalau + GPS 19 + Bersatu 18 = 164

APABILA PAS + UMNO = PH TUMBANG !!!

Blog Archive