DUA-DUA Kerajaan tersebut
adalah pilihan wakil rakyat.
Di Malaysia sekarang ini,
negeri yang masih kekal dengan mandat rakyat adalah Sarawak, Negeri Sembilan,
Selangor, Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Selain daripada itu
semuanya adalah negeri-negeri pilihan wakil rakyat termasuk juga persekutuan.
Secara demokrasi pula
semua negeri termasuk Persekutuan adalah kerajaan yang dipilih rakyat menerusi
wakil-wakil rakyat. Kerana wakil-wakil rakyat lah memilih kerajaan.
Kerana wakil-wakil rakyat
yang memilih wakil rakyat, maka seharusnya tidak timbul lagi kerajaan mandat
rakyat.
Sepatutnya istilah mandat rakyat tidak digunakan begitu
sahaja sebaliknya perlu dsambung dengan nama parti. Maka, Sarawak, Negeri Sembilan, Selangor,
Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Pahang dan Terenggu, rakyat memberi mandat
kepada parti-parti selepas pilihan raya untuk membentuk kerajaan, dan
seterusnya parti-parti mewakilkan wakil-wakil rakyat parti membentuk kerajaan.
Apabila kerajaan yang
dibentuk selepas pilihan raya tumbang, maka kerajaan baru bukan lagi kerajaan
yang diberi mandat oleh rakyat, akan tetapi kerajaan yang dibentuk oleh
wakil-wakil rakyat secara individu.
Maka sekarang ini kerajaan
yang dibentuk berasaskan wakil rakyat secara individu adalah Kerajaan
Persekutuan, Sabah, Johor, Melaka, Perak dan Kedah.
Pada PRU-15, sekali lagi
rakyat akan memberi mandat kepada parti-parti dan seterusnyanya parti-parti
mewakilkan wakil-wakil rakyat mereka membentuk kerajaan. Jika kerajaan yang
dibentuk selepas PRU tumbang, sebelum tampat penggal, maka sekali lagi kerajaan
baharu yang dibentuk adalah KERAJAAN WAKIL-WAKIL RAKYAT SECARA INDIVIDU!!!.
Sama-sama kita lihat bagai mana kerajaan-kerajaan yang
dibentuk oleh wakil-wakil rakyat secara individu ini boleh bertahan dalam
senario politik sekarang. Sebelum ini, kerajaan yang dibentuk oleh wakil-wakil
rakyat secara individu dapat bertahan sehingga habis penggal, iaitu Negeri
Perak antara tahun 2009-2013, Sabah 1994-1999.
No comments:
Post a Comment