Tuesday, June 02, 2020

MENGAPA WAKIL-WAKIL RAKYAT BERSATU JADI SOROTAN?

KALAU membaca laporan-laporan atau komen-komen mereka yang menyokong Pakatan Harapan Plus (PH dan Team Tun-Team Tun-Warisan, MP bersama Tun dan UPKO) memberi sorotan kepada wakil rakyat Bersatu baik MP mahupun DUN.

Laporan-laporan dan komen-komen sebahagian besarnya membuat kesimpulan, jika kerajaan PN Pusat dan Negeri tumbang kerana angkara wakil-wakil rakyat Bersatu yang berpaling tadah.

Semasa Kerajaan PH dahulu, keadaan juga serupa, bahawa kerajaan PH akan tumbang kerana angkara wakil-wakil rakyat Bersatu.

Mengapa kah wakil-wakil rakyat Bersatu menjadi sorotoan? Apa kah kerana (peringkat MP) majoritinya adalah mereka yang bertukar parti? 

Bersatu asalnya hanya 13MP, berkurang satu kerana kematian. Kemudian itu bertambah kepada 36, 14 daripada Umno dan 10 daripada PKR. Daripada 36 itu, 31 bersama TSMY (termasuk beliau) dan 5 bersama Tun (juga termasuk beliau). Dalam kerajaan PN, hanya ada 7MP asal bersatu.

Pada 29 Mei, keadaan heboh sebentar, kerana dikatakan 3MP Bersatu; 2 menteri dan seorang timbalan menteri akan menyatakan sokongan kepada PH Plus, sehingga memaksa setiausaha sulit seorang menteri mengeluarkan kenyataan media, seorang menteri yang dibabitkan terpaksa membuat penafian, manakala timbalan menteri yang dikaitkan, turut kekal bersama PN.

Di Johor, semakin kerap dilaporkan, kerajaan PN bakal tumbang, kerana dikatakan beberapa ADUN Bersatu bakal menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN yang diterajui Umno. Alasan yang diberikan, kononnya ADUN Bersatu tidak berpuashati kerana kehilangan jawatan Menteri Besar.

Hakikatnya laporan-laporan itu tidak berpaksi pada keadaan sebenar,kerana perasaan tidak puas hati tidak timbul, kerana keadah yang digunakan baik pusat dan negeri antara Bersatu, Umno dan PAS adalah kaedah menang-menang. 

Kerajaan Pusat diterajui Bersatu, walaupun Umno paling banyak kerusi, Johor, dan Melaka kerana Umno paling banyak kerusi, Di Perak pula MB adalah daripada Bersatu, walaupun Umno paling banyak kerusi, di Kedah, Pas memangpun, kerana Pas kerusi terbanyak di antara semua parti di negeri tersebut.

Bagi penulis, sehingga setakat ini, kekal yakin dengan kerajaan yang diperintah PN termasuk Pusat, tidak akan tumbang, kerana apapun sebabnya, termasuk sayangkan Tun, tidak akan terjejas sokongan mereka kepada kerajaan PN, hanya satu sebab- kerana Parti DAP!!!.

Selama 22 bulan mereka menjadi saksi, bagaimana penguasaan DAP dalam kerajaan, khususnya tidak-tindakan berkaitan kepentingan Melayu/Bumiputera.

3 comments:

Sahabat said...

Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..
Saya mencari perawat disekitar, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan yang sudah dikenakan ilmu guna-guna, setiap hari ada saja benda halus di hantar kepada saya..
email saya, nombor pengamal perubatan : tubuhsatu@gmail.com

gome said...

sila tuan ke masjid kpg pasir putih pekan pahang...berjumpa lah individu bernama ust sheikh osman...saya pernah mendapatkan khidmat beliau...insya Allah dgn izin Allah

Anonymous said...

Orang Bersatu ni banyak haprak species otak mamak lidah bercabang tak sedo dek untung

Teruskaan mufakat nasional UMNO PAS.. PRU15 kasi ajar kaw kaw Bersatu ni...

Blog Archive