PENGERUSI parti Warisan Datuk VKLiew memberi bayangan menerusi hipotesis bahawa Kerajaan Warisan Sabah kekal kukuh selagi Kerajaan Persekutuan tidak stabil. Makna kata, jika kerajaan PN stabil, maka kerajaan Warisan akan tumbang.
MP Batu Sapi itu merasa yakin, para ADUN Sabah yang menyokong kerajaan negeri tidak akan mengambil risiko mengambil tindakan untuk berpaling tadah.
Andaian mantan menteri di Jabatan Perdana Menteri era kerajaan PH itu, para ADUN akan terus setia walaupun mereka kehilangan sokongan dan kepercayaan rakyat yang mereka wakili kerana gagal membawa kemajuan, pembangunan dan membela rakyat di kawasan masing-masing termasuk lah ditolak dalam pilihan raya.
jika demikian lah ceritanya, mengapa UPKO dan 4 ADUN Umno selepas kerajaan BN Sabah membentuk kerajaan pada 10 Mei, 2018 berpaling tadah, kerana memberi alasan, kerajaan negeri waktu itu adalah kerajaan pembangkang kepada Kerajaan Persekutuan. Sebagai kerajaan yang membangkang Persekutuan, maka mereka yang berpaling tadah tersebut percaya dan yakin bahawa mereka akan gagal membawa kemajuan, pembangunan dan membela rakyat di kawasan masing-masing kerana bakal berhadapan dengan kekangan peruntukan daripada Persekutuan.
Selepas tumbangnya kerajaan Bn Sabah para ADUN Bn yang mengikut langkah 4 ADUN Umno tersebut antara lain ADUN Pitas, ADUN Tempasuk, ADUN Kuamut, ADUN Sugut, ADUN Sukau, ADUN Tandek dan ADUN Labuk, kerana memberikan alasan yang sama.
Dengan tumbangnya Kerajaan PH, kini kerajaan yang mereka sokong itu adalah kerajaan yang membangkang kerajaan Persekutuan. Apa kah Kerajaan Warisan yang membangkang, isu kekangan peruntukan daripada Persekutuan tidak berbangkit? isu ini lah yang terlepas padang oleh VKLiew apabila membuat hipotesis bahawa tiada ura-ura para ADUN yang menyokong parti beliau tidak akan berpaling tadah.
Apa kah pengerusi parti Warisan tersebut gagal mengikuti perkembangan di kalangan rakyat Sabah, sejak 22 bulan lalu, dan semasa wabak Covid-19, telah mengunungnya ketiadak puashatian rakyat terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Shafie Apdal.
Tidak kah MP Batu Sapi itu sedar, bahawa pemimpin atau penyokong Warisan terpaksa ulang alik ke balai polis untuk membuat laporan polis, kerana begitu banyaknya tuduhan penyelewengan terhadap Ketua Menteri akan tetapi dianggap fitnah oleh pemimpin dan penyokong Warisan.
Rakyat Sabah sebenarnya tidak tahan lagi dengan kerajaan negeri yang diterajui Warisan, sehinggakan laman sosial terpaksa digunakan untuk menyampaikan mesej.
Era sekarang adalah era komunikasi cepat. Rakyat daripada satu tempat dengan tempat yang berjauhan saling boleh bertukar maklumat online. Rakyat berkongsi dalam semua segi.
Mendasari pemerintahan Warisan yang begitu lembab, tanpa hala tuju, rakyat Sabah secara umumnya merasa akan jatuh ke lembah kedaifan sekali lagi seperti tahun 1990-1994, dalam tempoh 5 tahun, kerajaan yang membangkang Persekutuan hampir muflis, kemajuan dan pembangunan ketinggalan, kadar kemiskinan meningkat.
Rakyat Sabah tidak mahu lagi kembali ke era itu. Apa kah sentimen ini tidak dirasakan oleh para ADUN yang menyokong Kerajaan Warisan? sesuai dengan hipotesis VKLiew? sama-sama kita tunggu sedikit masa lagi apa kah yang bakal berlaku... kerana penulis yakin, kerajaan yang dibentuk kerana khianat akan tumbang juga melalui kaedah yang sama.
1 comment:
bekas mentri ph terpaksa spin dan creates macam2 cerita dan helah utk menutup 'kemaluan'masing2 yg gagal diatas kebodohan sendiri...
Post a Comment