Sunday, June 07, 2020

PH PLUS MAHU TRANSMISI COVID-19 SECARA BEBAS

TINDAKAN PH Plus mengasak kerajaan campuran (PN) yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin (TSMY) supaya tumbang secara tidak langsung menggambarkan bahawa pakatan itu mahu transmisi covid-19 di negara tersebar meluas dan bebas.

Situasi itu berlaku, apabila terpaksa diadakan PRU-15 secara mengejut sebagai penyelesaian kemelut politik dalam negara.

Jika PRU-15 mengejut terpaksa diadakan, maka situasi seperti di Amerika Syarikat (AS), walaupun pendekatan yang berbeza, akan tetapi sitauasi yang sama, iaitu membiarkan covi-19 bergerak bebas antara individu ke individu. Di AS transmisi bebas bukan kerana pilihanraya, akan tetapi menerusi tunjuk perasaan/protes seluruh negara yang bertukar kepada keganasan kerana hanya kerana kematian seorang penduduk kulit hitam-George Floyd oleh polis kulit putih negara itu.

Gerakan menumbangkan kerajaan TSMY dimulai oleh MP Sri Gading-Datuk Dr Shahruddin Md Salleh pada 4 Jun, 2020 apabila meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya. Selepas meletakkan jawatan beliau segera berjumpa Tun Dr Mahathir, yang mana pada pagi itu telah mengadakan perjumpaan dengan Lim Guan Eng, Anthony Loke daripada DAP, Datuk Shafie Apdal-Warisan, Mat Sabu-Pan dan Dato Mukhriz Mahathir (Ex-Bersatu). Semasa perjumpaan itu sebuah video dimuat naik di tweeter Tun, yang diiringi lagu Bersatu dan catitan Selamat Kembali.

Gerakan menumbangkan kerajaan TSMY diperkuat lagi apabila pada malam Khamis itu, Dato Seri Anwar Ibrahim mengadakan perjumpaan dengan Lim Guan Eng, Anthony Loke, Mat Sabu dan Dato Saifuddin Nasution Ismail di kediaman Presiden PKR tersebut.

Esoknya, 5 Jun, sepatutnya, Tun akan mengumumkan bahawa Kerajaan TSMY kehilangan sokongan majoriti, kerana dikatakan seorang MP dan menteri daripada kem TSMY akan menukar sokongan. Jika itu berlaku, maka secara matematik jumlah yang menyokong TSMY hanya berbaki 111.

Walau bagai mana pun, pengumuman MP dan menteri tersebut tidak seperti mana yang diharapkan atau seperti mana perancangan sebelumnya, kerana MP dan menteri tersebut membuat pendirian sebaliknya, malah berikrar tidak akan sesekali meletakkan jawatan atau menarik sokongan terhadap TSMY.

Kerana gerakan PH Plus terbantut, maka PC Tun yang dijadualkan petang itu diteruskan juga, akan tetapi bertukar sebagai PC yang menghentam kerajaan TSMY dengan berbagai dakwaan, seperti menambak peluru kapur di merata tempat.

Gerakan PH Plus bertambah malang lagi, apabila seorang MP PKR daripada Sarawak, iaitu MP Lubok Antu-YB Jugah Muyang mengumumkan keluar daripada parti mengistiharkan diri sebagai bebas, akan tetapi mesra kerajaan PN dan GPS.

Dengan pertambahan seorang MP bebas, kedudukan kerajaan yang menyokong TSMY kekal dengan 113MP dengan mengambilkira kedudukan MP Sri Gading bertukar kedudukan ke PH Plus, walaupun dalam surat beliau kepada Perdana Menteri, kekal menyokong kerajaan PN. Tindakan tersebut, sebenarnya hanya “perangkap” kepada PN, kerana apabila ada pengundian, undi akan diberikan kepada PH Plus.

Untuk sementara, usaha PH Plus, selain menumbangkan kerajaan TSMY dan transmisi bebas covid-19 masih terkawal, tetapi sampai bila???

4 comments:

Asalkan bukan Dapigs said...

Aku tak nak kerala putar alam gila kuasa jadi PM aku!

Aku pun tak nak Aljubs alat mainan kit sian jadi PM aku!

Takde org lain ke? Bailk2 muka 3 stooges ni.

Syukur Alhamdulillah ada TSMY dan PN dan MN menyelamatkan keadaan.

Aku sokong MN dan PN. Penyelamat Agama, Bangsa dan Negara.

Anonymous said...

Chin Tong is warlord DAP claims Mahathir, Anwar need to work together to oust Muhyiddin, Najib.

Lets think carefully and anal'ised this Chinese Chin Tong DAP did to the Malay leader especially Tun Mahathir and Brother Anwar Bin Ibrahim..!?

He's trying to bring conflict among the Malay leaders from PH and PN.

Who is will get the benefit from Chin Tong plan..!?

Do this plan will benefit to Bersatu, PKR , Tun, Brother Anwar, PN, PH or DAP..!?

Chin Yong The Big 'batu api' (bring into conflict) DAP trying Malay leaders fighting each other.

If Malay people lets this Chin Tong plan happen whos is the winner at last..!? The winner of course goes to DAP.

What the Malay have it from this plan..NOTHING..!!

Whats Malay people will get from this Chin Tong the DAP Batu Api planned.!?

Haahhh Tepokkkk...!!

Anonymous said...

Tuduh orang pencuri tapi sapa yang mencuri sekarang ni..!?

SPRM rampas RM600,000 dari rumah dua ahli Armada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM600,000 dari rumah dua anggota Pemuda Bersatu (Armada).

Menurut laporan The Star, wang tersebut dipercayai milik parti itu.

Pengarah siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali dipetik sebagai berkata, kedua-dua ahli Armada itu disoal siasat pada 5 Jun lalu berhubung laporan yang dibuat oleh Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berhubung kehilangan RM250,000 dari peti simpanan di rumahnya.

"Setelah disoal siasat, pegawai pergi ke rumah kedua-dua anggota berkenaan di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur.

"Para pegawai menemui sejumlah RM600,000 wang tunai di dua lokasi," katanya.

Baru 22 bulan berkuasa dah ikut mentor deoa kepala perompak negara.

Anonymous said...

DAP Mengaku Kerajaan PH Tumbang Kerana Tiada ‘Group WhatsApp’ Kata Najib..kah kah kah kah..!!

Dalam suspen menunggu keputusan mahkamah kes SRC dan 1 MDB bossku masih bole buat lawak lagi... kah kah.. kikiki..kah kah

Ahli Parlimen Pekan, sekali lagi mencuit hati netizen melalui sindiran tajam yang dilemparkan kepada pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Najib melalui laman Facebooknya sebentar tadi berkata kerajaan pimpinan PH pasti tidak akan tumbang sekiranya mereka mempunyai kumpulan WhatsApp bagi membincangkan perkembangan politik tanahair.

“Akhirnya, DAP mengaku kerajaan PH tumbang kerana mereka tiada grup Whatsapp.

“Liew Chin Tong pakar perang saraf dan batu api melagakan lagakan pemimpin Melayu dari PH dan PN mendedahkan dalam temu bual dengan akhbar Kwong Wah Yit Poh bahawa mereka terlalu bergantung kepada Saifuddin Abdullah untuk komunikasi antara parti-parti PH.... kah kah kah kah..!!

“Oleh sebab Saifudin Abdullah dituduh sudah berpaling tadah maka komunikasi antara empat parti PH telah gagal sehingga mereka keliru empat hari...kikikikiki..!!

“Akibat keliru empat hari, kerajaan PH pun tumbang.

(Kan bossku dah berulang-kali pesan? Buat grup Whatsapp! Tapi korang tak mahu dengar),” sindir bossku.

Sepandai pandai Chin Tong membatu apikan dan melaga lagakan masyarakat melayu tanpa wassup grup membatu apikan orang melayu, adu domba tetap tak berkesan..

kah kah kah..!! haahh tepokkk..!!

kikikikiki..

Blog Archive