Monday, June 08, 2020

JUMLAH UNDI PRU-14-HANYA ATAS KERTAS

UNDI atas kertas dengan undi realiti adalah berbeza.

Sebab itu, jangan anggap dulu, apabila ada MN, maka bertembung satu lawan satu dengan PH, maka undi atas kertas sama dengan realiti, maka, jumlah undi  Umno dan Pas di DUN Chini pada PRU-14, akan juga mengundi calon Umno pada PRK 3 Julai, jika ada pertandingan.

Anggapan ini, mungkin akan berlaku di Dun Chini, memandangkan Dun tersebut dalam Parlimen Pekan yang diwakili Bossku (Dato Seri Najib Tun Razak).

Tidak dinafikan populariti Bossku berkaliganda, berbanding semasa beliau Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Memang satu masa lalu, terutama pada PRU-1999, Bossku hanya menang tipis, di bawah 300 undi di kawasan parlimen yang sama, namun pada PRU berikutnya, sokongan berkali-kali lipat, malah majoriti yang diperolehi top 5 antara calon Umno/Bn pada PRU tersebut.

Persepsi bahawa undi khususnya Umno dan Pas, akan mendekati realiti pada PRU-15, sehinggakan ada beberapa pemimpin Umno kerap berhujah, kononnya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang merupakan kerajaan campuran antara Umno-Pas-Bersatu-GPS dan parti-parti kecil daripada Sabah, akan hanya sehingga parlimen dibubarkan.

Komen para pemimpin Umno itu tidak berpijak dibumi nyata, kerana MN yang diwujudkan adalah menerusi memoranda antara Umno dan Pas. Perkara yang serupa juga berlaku pengwujudan PN, kerana adanya memoranda (MOU) antara parti-parti yang menyokong, Ertinya, PN sudah terbentuk, hanya belum mendapat kelulusan daripada ROS. (Penulis menganggap PN sudah didaftarkan pada ROS).

Jangan lupa, sebelum PRU-14 juga PH menunggu kelulusan ROS.

Pemimpin Umno, kena berhenti memberi komen, yang menggambarkan Bersatu, seperti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, seolah-olah Umno sama sekali tidak memerlukan parti pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin tersebut, berbeza dengan pendirian PAS, yang mengalu-alukan parti itu dalam PN, dengan sambutan, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Bagi penulis, jangan dulu menghitung anak ayam sebelum telur menetas khususnya dikalangan kaum melayu dan islam, Muafakat Nasional (MN) iaitu piagam antara Parti Umno dan Parti Pas, dapat menghimpunkan pengundi yang menyokong Umno dan pengundi yang menyokong Pas, dengan kata lain 1 campur 1 adalah 2.

Memang di kala ini, ramai rakyat khususnya penyokong Umno bergembira kerana telah menjadi sebahagian daripada kerajaan, baik di peringkat Persekutuan, mahupun di negeri-negeri seperti Johor, Melaka, perak, Kelantan dan Terengganu. Selain itu kegembiraan para penyokong Bersatu juga tidak ketinggalan, kerana kekal sebahagian daripada kerajaan, kecuali di Sabah, Selangor dan Pulau Pinang.

Demikian juga para penyokong Pas, perasaan mereka sama seperti mana dirasakan penyokong Umno dan Bersatu.

Di kalangan penyokong tiga parti itu, sebenarnya tiada masalah, kerana penggabungan antara mereka menjadi satu kumpulan yang sangat signifikan ramainya.

Walaupun diantara para penyokong kelihatan sebagai satu pasukan, masalah besar yang menanti adalah apabila tiba pilihan raya, iaitu daripada segi pengaihan kerusi.

Dalam pengagihan kerusi antara Umno, Pas dan Bersatu akan berlaku konflik yang sangat luar biasa, kerana ketiga-tiga parti tersebut berenang dalam kolam yang sama, iaitu kawasan melayu/bumiputera.

Umno dengan sejarahnya pernah menguasai 88 kerusi parlimen majoriti melayu, Pas dengan 31 kawasan parlimen di kawasan yang didiami kaum melayu/islam. Kawasan yang dikuasai Bersatu sekarang ini adalah juga sebahagian daripada kawasan-kawasan yang pernah dikuasai Umno dan Pas.

Pengagihan kerusi semasa pilihan raya, adalah cabaran utama yang bakal dihadapi oleh tiga parti tersebut. Jika rundingan atau pengurusan tidak dicapai dengan sebaik-baiknya, dengan menggunakan cara menarik rambut daripada tepung, maka tidak mustahil, akan berlaku menang jadi arang kalah jadi abu.

Politik cantas mencatas bukan baharu dalam poltik Malaysia, ianya sudah mendarah daging. Politik kepura-puraan atau “bubble’ sesuatu yang nyata, manis di depan jadam di belakang.

Dalam politik, sehebat manapun pemimpin itu, ego,irihati, akan jadi panutan, kerana setiap manusia tidak terlepas dengan nafsu.

Mungkin, dalam percaturan pengagihan kerusi, para pemimpin yang mempunyai nama akan lebih selamat, namun bagi yang bukan, akan tenggelam dan seterusnya menjadi sebahagian daripada kekalahan secara menyeluruh.

Jangan lupa, dalam pilihan raya sistem yang digunakan di negara ini adalah FPTP-First Past The Post. Pemenang tidak semestinya yang mendapat sokongan popular.

Pergaduhan tersembunyi bukan sahaja berlaku di peringkat parlimen akan tetapi diperingkat dewan undang negeri (DUN).

Di Negeri Sabah misalnya, tidak terbayangkan pergaduhan tersembunyi antara Umno dan Bersatu, kerana masing-masing merasa handal di kawasan-kawasan bumiputera. Mungkin di peringkat pemimpin dapat diselesaikan agihan kerusi, akan tetapi di peringkat akar umbi, tidak lah demikian. Pengalaman PRU-14 lalu, pemimpin seperti Datuk salleh Tun Said, Datuk Rahman Dahalan, Datuk Ghafur Salleh, Datuk Sapawi Ahmad, dan ramai lagi menjadi mangsa pergaduhan tersembunyi di peringkat akar umbi.

Untuk mengelak senario-senario yang disebutkan di atas, maka bermula daripada sekarang, para pemimpin khususnya daripada Umno kena berhenti hanya memasarkan MN, sebaliknya bertukar kepada pemasaran PN. Tindakan tersebut perlu, supaya rakyat akar umbi tidak keliru, sehingga terbawa-bawa semasa membuang undi.

Para pemimpin Umno kena menerima realiti, bahawa sokongan rakyat terhadap TSMY cukup luarbiasa ketika ini, khususnya dalam tempoh 100 hari kerajaan PN.

Bagi penulis, apa lah salahnya, setiap parti dan pemimpin yang menyokong PN, sebulat hati, bergerak sebagai satu pasukan, untuk terus memerintah negara, tanpa memikirkan banyak sangat, siapa yang “lead”. Biarkan nostaligia 61 tahun berlalu, yang mana Umno lead.. Perkara itu sudah dinoktahkan pada PRU-14. Masa ini rakyat berhadapan dengan NEW NORMAL, kerana wabak COVID-19, politik Umno juga kena berhadapan dengan NEW NORMAL, walaupun parti terbesar, tetapi perlu membiasakan diri pada NEW NORMAL. Penulis yakin majoriti pemimpin Umno boleh melakukannya.

4 comments:

Unknown said...

Sebab apa boleh menang
Kem batu 10 kuantan masuk parlimen pekan?

Jaya gading kuantan kenapa masuk parlimen pekan?

Lojik tak? Rakyat fikir lah

Unknown said...

Berapa banyak duit kerajaan digunakan untuk melobi
Duit parti untuk melobi

Dalam tempoh kempen berapa banyak program di belanja

Lancar pasar tani
Bertemu pendusuk
Karnival
Expo

Dalam sehari 3 program

Rakyat disuap

Unknown said...

Tengok sekarang
Baru sibuk nak tampal jalan
Baru sibuk nak cantas dahan pokok tepi jalan
Baeu sibok nak cuci longkang tepi jalan
Baru sibuk nak cari simiskin disuap

Mana 3 penggal

Janji loji air baru rm12 juta
Kemarau tiada air

Janji cawangan bank di chini
Mesin atam je 2 butir

Mana kilang untuk beli kerja

Apa yang dibela peneroka?
Yang hutang buat rumah
Yang hutang tanam semula

Apa jadi fgv
Mana saham kpf?

Apa jadi balak
Apa jadi lombong

Jalan raya apa jadi

Unknown said...

Mohon spr had kan kawasan undi

Jaya gading masuk semula parlimen kuantan

Siasat semua dana dan program masa kempen

Berapa banyak suap rakyat

Blog Archive