Tuesday, June 09, 2020

NAMA TAN SRI MUSA AMAN TELAH BERSIH

PENULIS tiada niat menguraikan kembali senarai pertuduhan terhadap Tan Sri Musa Aman yang mengandungi tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, kerana seluruh tuduhan itu hanya membuang masa untuk diuraikan kerana  pertuduhan tidak berasas.

Hanya penyokong dan pemimpin kerajaan Warisan Sabah yang percaya, bahawa  Tan Sri Musa yang menjadi Ketua Menteri Sabah hampir 15 tahun dengan pertuduhan tersebut, sedangkan majoriti rakyat Sabah tidak percaya, kerana pertuduhan tersebut sangat bercanggah dengan fakta lapangan.

Pertuduhan yang membabitkan kayu balak, adalah sangat pedih, kerana Musa adalah Ketua Menteri Sabah pertama yang memansuhkan kelulusan kawasan kayu balak kepada para wakil rakyat Sabah.

Kerana tindakan pemanasuhan kelulusan lesen pembalakan yang baharu dan juga mengazetkan kawasan-kawasan hutan Sabah di bawah akta perlindungan hutan, maka kawasan hutan Sabah telah bertambah kepada 1.87juta hektar pada Disember, 2017 berbanding 838ribu hektar atau 0.838 juta hektar pada tahun 2002.

Musa dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sabah pada 27 Mac, 2003, 3 hari sebelum hari kelahiran beliau.

Semasa Musa dilantik ke jawatan Ketua Menteri, keadaan kewangan Sabah sangat tenat, kerana hanya ada simpanan RM184juta. Jumlah simpanan yang begitu kecil menggambarkan bagai mana kedudukan ekonomi negeri Sabah pada masa itu.  

Bukan sahaja ekonomi begitu tenat, akan tetapi kadar pengangguran yang cukup tinggi, diimbangi dengan kadar kemiskinan 2 digit.

Pengalaman beliau dalam dunia korporat sebelum memasuki dunia politik pada tahun 1990, merupakan bekalan beliau mentransform Sabah kepada keadaan masa sekarang, yang boleh dikatakan satu perubahan daripada warna hitam kepada warna putih.

Kerana HALATUJU Sabah yang diperkenalkan, maka Sabah bukan sahaja maju secara fizikal akan tetapi dapat mengumpul simpanan kewangan berjumlah RM3.74bilion pada Disember, 2017.

Pembangunan dan kemajuan Sabah  yang luarbiasa,  terlepas pandang oleh rakyat pada PRU-14, kerana hasutan, fitnah dan janji-janji bulan dan bintang parti lawan, sehinggakan parti yang diketuai Tan Sri Musa hanya menang 29 kerusi DUN daripada 60 yang dipertandingkan. Pun demikian, beliau dilantik juga sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei, 2018 kerana mendapat sokongan parti kecil STAR pimpinan Datuk Jeffery G Kitingan.

Kerana pengkhiantan 6 ADUN BN, maka TYT Sabah telah melantik orang lain pada 12 Mei, 2018 sebagai Ketua Menteri, walaupun Musa belum meletakkan jawatan, belum terbukti tidak mendapat sokongan sebelum TYT membuat keputusan. Keputusan siapa Ketua Menteri Sabah yang sah masih di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan.

Pada hari ini, Musa dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur daripada semua pertuduhan, bererti status beliau kembali putih seputithnya, kerana kotoran yang cuba dipalitkan diberishkan. Keputusan mahkamah tersebut, menenjukkan, yang benar tetap benar. Betul lah, kata Musa 19 bulan lalu, SAYA AKAN LAWAN, UNTUK BERSIHKAN NAMA SAYA.

No comments:

Blog Archive