Jika berpandukan kepada standard WHO berkaitan dengan jumlah kes (TC) berbanding jumlah ujian (test), iaitu 0-10 menandakan, jumlah yang positif di kalangan komuniti rendah, maka Malaysia konsisten dengan standard tersebut daripada 18 Mac, tarikh permulaan Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP). Dengan trend tersebut, mungkin sebagai punca, mengapa jumlah positif di Malaysia terkawal atau tidak mencanak, berbanding dengan USA, Spain, Italy, France atau UK.
Di negara jiran, Indonesia dan Filipina, peratusan TC/Test sentiasa di atas 10.
Mungkin atas sebab di Malaysia TC/Test sentiasa di bawah 10, maka peratusan yang dirawat AC/TC sentiasa menurun, dan semalam adalah 54.35%, berbanding dengan yang sembuh TR/TC 44.04%. yang sentiasa meningkat.
Peratusan TR/TC yang tinggi menunjukkan perkhidamatan kesihatan Malaysia, khususnya di wad atau ICU sungguh memuaskan atau pada keadaan tip top, kerana ditandai dengan peratusan kematian yang cukup rendah, iaitu 1.61% berbanding dunia 6.11%. Di Singapura, walaupun peratusan kematian lebih rendah berbanding Malaysia, akan tetapi peratusan yang sembuh lebih rendah.
Pada tabel di atas, peratusan kematian tertinggi adalah Italy, iaitu 12.79%, USA merekodkan jumlah kematian tertinggi seramai 20,577 mangsa.
Melihat tabel di atas dan data statistik covid-19 DUNIA, nampaknya Malaysia dilandasan yang tepat memerangi virus pembunuh tersebut.
Adalah satu kelaziman untuk menang dalam peperangan mesti ada pengorbanan dan kesengsaraan. Di Malaysia pengorbanan tersebut, berbentuk wang ringgit, kebebasan bergerak, sementara kesengsaran dihadapi oleh mereka di barisan hadapan, kerana mereka ini bukan sahaja sengsara akan tetapi memparuhkan nyawa termasuk terkorban.
Dalam peperangan juga akan muncul berbagai kaernah dan tabiat, ada yang bertindak sebagai tali barut, penghalang,tetapi juga ramai yang bersimpati dengan menghulur bala bantuan, bukan sahaja wang ringgit malah sokongan moral.
Dalam masa berperang juga, tidak sedikit yang mengambil peluang dalam kesempitan, keadaan itu, timbul di Sabah, apabila wang kerajaan yang digunakan untuk membantu rakyat tidak sampai seperti mana tujuan penggunaan wang tersebut, seperti mana ditandai dengan rugutan yang cukup tinggi di kalangan rakyat yang terjejas.
Rakyat Sabah masih bernasib baik, kerana ramainya para inidividu atau parti-parti politik serta NGO menghulurkan bantuan secara sukarela, menggunakan wang sendiri. Apa yang jelas mereka ini nampak dengan keiklasan membantu sesama insan, tanpa mengharapkan balasan, berbeza dengan para pemimpin kerajaan negeri yang hanya bertugas mengaighkan peruntukan kerajaan, tetapi berlagak sebagai penyelemat.
1 comment:
GEBANG KAT FB MAAKK AIII DIA PALING CHAMPION
22 BOLAN BERKUASA ASYIK PM KE 8 JADI IMPIAN
2 KALI ATOK SONDOL TERBONGKANG MCM HANTU JU'ONN
GEBANG GORENG JER LEBIH KAT FB KERJA MCM CIPAN
KIKIKIKIKI...
Post a Comment