Penulis sengaja memilih negara-negara pada Tabel untuk melihat di mana kedudukan Malaysia dalam tindakan memerangi COVID-19.
Data statistik hari ini, Jumlah kes positif di negara kita sehingga 11 April adalah 4,530, kematian 73, mereka yang sembuh 1,995 dan dalam rawatan 2,462.
Untuk melihat kedudukan Malaysia, peratusan adalah penada aras. Untuk kadar kematian Malaysia hanya merekodkan 1.61% daripada keseluruhan kes, berbanding dunia-6.08%, Korea Selatan yang dianggap berjaya-2.01%, German-2.23%, walaupun negara kita di bawah Singapura-0.33%, tetapi daripada segi peratusan dirawat di negara jiran tersebut adalah 76,33%, manakala di negara kita 54.35%, makna kata, jika dilihat daripada perkhidmatan kesihatan, negara kita masih lebih baik berbanding negara jiran tersebut.
Demikian juga dengan negara Pakistan, meskipun peratusan kematian di negara itu 1.57% hampir sama dengan negara Malaysia, akan tetapi peratusan yang dirawat tinggi, iaitu 82.85%.
Jepun pula, yang hampir sama peratusan kematian dengan negara kita, iaitu 1,65%, peratusan yang sedang dirawat masih tinggi, iaitu 85.66%.
Melihat negara Indonesia dan Filipina, kita cukup bersimpati dengan negara jiran kita itu, kerana ianya mempunyai impak langsung pada negara kita, kerana sebagai sumber tenaga kerja.
Di Negara-negara maju tiada satu negarapun mengatasi pencapaian Malaysia. Apa maksud semua ini? Maksudnya, tindakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac sehingga 14 April (Fasa 1 dan II) cukup berjaya mengekang transmisi COVID-19 pada rakyat negara ini, walaupun belum dapat diputuskan. Untuk memutuskan transmisi itu, maka lanjutan fasa 3 sehingga 28 April, sepatutnya PKP diperketatkan, bukannya dilonggarkan.
Wabak COVID-19 memang pun sangat menjejaskan semua sektor di negara kita, kata peribahasa-alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pengkal lengan. Ertinya, tangguhkan dahulu, apa-apa aktiviti yang tidak menyebabkan kematian, seperti memotong rambut, membeli makanan yang sedap-sedap atau segar dengan berbondong di pasar-pasar, meminta pelajar yang terperangkap di kolej-kolej untuk pulang kampung- tangguhkan dahulu semua itu, sehingga fasa 3 PKP tamat.
Jangan sabotaj usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dibantu PDRM, ATM dan agensi-agensi lain, hanya kerana keputusan politik untuk menyeronok suara-suara rakyat yang hanya ingin keselesaan.
2 comments:
Kehidupan di negara kita semasa Covit19 masih lebih baik jika ingin dibandingkan dengan negara lain seperti di Amerika Syarikat, Italy, Spain, India, Indonesia, Filipina dan Singapura
Kecekapan PM dan Menteri Kewangan hari ini iaitu Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz wajar dipuji kerana beliau yang merupakan seorang tokoh korporat dilihat lebih bijak menguruskan kewangan negara tanpa memberi pelbagai alasan bersifat politik.
Lebih menghairankan semasa kerajaan ditadbir oleh Tun Mahathir dari Pakatan Harapan (PH), hampir setiap hari Kerajaan dan Menteri Kewangan ketika itu memainkan naratif menakut-nakutkan rakyat kononnya Malaysia hampir muflis,” katanya
“Kononnya Malaysia menghadapi defisit kewangan yang teruk hinggakan satu persatu pakej bantuan kepada rakyat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum itu ditarik balik atau dikurangkan jumlahnya. Bon Samurai dan Bon Panda diterbitkan kerajaan PH kononnya negara berhadapan krisis kewangan yang parah.
Ini adalah satu pembohongan besar maha besar kepada rakyat Malaysia sekali gus ia membezakan kebijaksanaan Tengku Zafrul dalam menguruskan kewangan negara berbanding Lim Guan Eng sebelum ini yang lebih gemar bermain retorik politik.
Suatu tindakan perundangan perlu diambil terhadap Tun, Lim Guan Eng ,Council of Eminent dan lain lagi kerana berbohong berkenaan kewangan negara.
Rakyat Malaysia, bersyukurlah. Bersyukur kerana walau dalam keadaan susah sekarang ni, kita masih mampu tersenyum. Masih boleh duduk dengan keluarga dan bermain dengan anak-anak.
Masih dapat makan, masih dapat minum. Masih ada pemimpin terbaik dari berbagai bidang dan barisan hadapan yang menjaga kita semua.
Redha dan bersyukurlah. Wabak ini akan segera berakhir. Kita mesti menang!
Kalau kencang gebang bangang di FB tak menyumbang apa apa, lebih baik kau diam
Saya Ulang. .!!
kerajaan 2 thn & mp's yg hilang jawatan jer sekarang ni sedang meroyan lebih teruk dri covid19....Saya Ulang..!!
Post a Comment