Tabel di atas negara terpilih untuk membandingkan kedudukan Malaysia berasaskan data statistik 10 April, 2020 pukul 8 malam. Data Statistik Dunia DISINI melihat data statistik dunia hari ini, kedudukan Malaysia turun ke tangga 34, berbanding pada 16 Mac di kedudukan ke-18.
TC=Total Case; TD=Total Death; TR=Total Recover
Piawaian WHO, untuk TC/Test 0-10, di atas 10, bermakna masih ramai positif covid-19 dalam masyarakat.
Melihat kedudukan Malaysia, Total Case berbanding dengan Jumlah Test, adalah 6.24; ertinya, masih ada positif virus itu dalam masyarkat, ataupun mereka itu sudah menjalani saringan atau ujian, tetapi masih menunggu keputusan. Kedudukan Malaysia juga, boleh dilihat pada peratusan yang sembuh dan peratusan dalam rawatan. Kedua-dua faktor tersebut, kedudukan negara jauh lebih baik berbanding peratusan dunia, walaupun Korea Selatan, tetapi lebih baik daripada Singapura daripada segi peratusan yang masih dalam rawatan.
Kedudukan Malaysia, jika menurut Ketua Pengara Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbar petang tadi, pihaknya menjangkakan Malaysia sudah melepasi tempoh kemuncak kes jangkitan Covid-19 minggu lalu walaupun beberapa pihak meramalkan ia akan berlaku pada pertengahan bulan ini.
KKM menurut Dr Noor Hisham Abdullah pihaknya melihat trend kes yang positif semakin berkurang dan ianya adalah petanda yang baik untuk negara.
Noor Hisham berkata, sebelum ni, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan JP Morgan menjangkakan negara akan mengalami peningkatan mendadak dengan 6,900 kes positif pada 14 April.
Bagaimanapun, kata Noor Hisham angka itu hanya andaian.
Menurutnya, KKM menjalankan analisis terhadap data terkini jangkitan Covid-19 secara dekat berdasarkan realiti dengan mengambil kira fakta dan data sedia ada.
“Trend kita agak stabil. Tiada lonjakan eksponen (exponential surge), ini adalah tanda yang baik untuk kita,” katanya pada sidang media, hari ini.
Beliau menambah KKM berjaya menurunkan kadar R-Naught (kadar jangkitan daripada seorang pesakit kepada individu lain) daripada kadar 3.55 kepada 1.00.
Jelasnya, perkembangan itu bermakna individu yang positif Covid-19 berupaya menjangkitkan 3.55 orang lain. Namun, KKM berjaya mengurangkan daripada 1 kes positif kepada 1 jangkitan sahaja.
“Sekarang (kadar) 1, kita mengharapkan kadar 0.9 pada 14 April ini,” katanya.
Kalau lah diplotkan melalui graf, daripada 18 Mac-10 April, jumlah kes baru harian berbanding sembuh harian, jumlah yang sembuh harian mengatasi jumlah kes harian berlaku pada 6 April, 8 April, 9 April dan hari ini 10 April. Diharapkan mulai esok sehingga 28 April, kes positif harian akan terus menurun, sehinggalah di bawah 10, maka dengan sendirinya jumlah yang dirawat juga menurun.
1 comment:
Rata-rata rakyat Singapura mendesak kerajaan mereka mencontohi kerajaan Malaysia menguruskan Covid-19.
Mereka kata jika kerajaan Singapura tidak 'lockdown' seperti Malaysia, tak mustahil kes Covid-19 akan naik mendadak di negara mereka mengatasi negara kita.
Saya baca beberapa komen dari rakyat Indonesia yang berkata rakyat Malaysia beruntung dapat pemimpin yang cakna kepada rakyatnya. Dapat banyak bantuan. Sedangkan di Indonesia, masing-masing perlu usaha sendiri untuk hidup. Tidak keluar bekerja, maknanya tidak dapat makan.
Begitu juga di Filiphina. Semakin hari kes semakin meningkat, dan semakin ramai yang mati. Rakyat terpaksa 'berperang' dengan polis demi mencari makanan.
Dan pagi ini, saya lihat gambar ini pula. Semasa Perdana Menteri Thailand berucap, ramai yang memberi emoji marah, manakala semasa Perdana Menteri kita berucap, rakyat memberi sokongan penuh kepada 'abah' kita.
MasyaAllah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Dengan wabak yang sedang melanda negara kita, saya tetap dapat rasakan Allah merahmati kita semua.
Kita dapat menguruskan wabak ini dengan baik hingga diiktiraf dunia. Majoriti rakyat kita mendengar kata walaupun ada sesetengahnya degil dan menjengkelkan.
Barisan Hadapan kita sentiasa bersedia setiap masa untuk rakyat. Rakyat juga tidak jemu berganding bahu membantu mereka yang lebih susah.
Para pemimpin kita juga bukan biasa-biasa, orang yang alim, berilmu agama, seorang mufti, seorang ustaz.
Saya benar-benar terasa Allah melindungi dan merahmati bumi Malaysia.
Kalau setakat gebang bangang tapi tak menyumbang lebih baik duduk diam
Post a Comment