MUNGKIN BN-PH membuat keputusan bekerjasama, kerana menurut dua parti tersebut boleh menakluki 1.7 juta pengundi Sabah.
Keputusan dua parti tersebut bekerjasama seperti mana dilaporkan pada 9 Mei 2025, walaupun membuka pintu pada parti lain turut serta, akan tetapi tidak merujuk pada GRS sebagai tulang belakang Kerajaan Sabah.
Keputusan kerjasama antara dua parti nasional tersebut, secara tidak langsung menunjukkan pada rakyat Sabah, bahawa sebagai parti utama menerajui Kerajaan Persekutuan, maka rakyat Sabah perlu sokong dan akur.
Kerjasama tersebut, juga membawa makna tersirat, bahawa parti-parti lain hanya sebagai parti melukut di tepi gantang.
Kerjasama dua parti tersebut memberi isyarat tidak memandang GRS sebagai peneraju kerajaan negeri, yang membawa erti, dua parti tersebut berhasrat menjadi peneraju kerajaan negeri.
Berpandukan perkembangan terbaharu ini, GRS tiada pilihan lain, melainkan terus kekal dengan pendirian, jika ada kerjasama, maka GRS bertanding lebih 2/3 kerusi, jika tidak, mungkin ada pendekatan lain, termasuk bergerak solo atau bekerjasama dengan parti tempatan lain.
Pun demikian ruang perbincangan masih terbuka dan pemuktamadan akan dibuat selepas DUN dibubar.
Pandangan penulis dalam senario sekarang, jika kerjasama BH-PH tanpa GRS dan Warisan, kedudukan kerusi-kerusi berlegar-legar untuk GRS 33/73, BH-PH 9/73; Warisan 5/73 dan Kelabu 26/73.
GRS jika tidak diajak bekerjasama dengan parti-parti lain, hanya memerlukan 4 kerusi di kerusi kelabu untuk mendapat 37/73 kerusi, majoriti mudah yang diperlukan membentuk kerajaan.
Jika hasrat BN-PH dapat memaksa 1.7 juta pengundi Sabah bersetuju dan menyokong cara permainan dua parti tersebut, ada lah satu kesilapan besar, atas sebab, kecenderungan pengundi Sabah lebih kepada parti tempatan, dan parti tempatan tersebut adalah GRS.
Penulis berpandangan, hasrat GRS mempertahankan status quo kerana rasa hormat pada parti-parti yang mempertahankan kerajaan negeri yang diberi mandat pada PRN-16 Sabah. Jika memang, hasrat GRS tersebut tidak dihormati, maka GRS akan menentukan hala tuju sendiri berdepan dengan PRN-17. Setidak-tidaknya, itu lah yang asas daripada sudut pandang penulis.
No comments:
Post a Comment