Sunday, April 12, 2020

PASCA COVID-19: BIASAKAN DIRI DENGAN NORMA BARU

Perubahan teknologi, menyebabkan cara kehidupan baharu. Tetapi perubahan itu menyeronokkan berbanding perubahan yang bakal dihadapi oleh semua manusia pasca covid-19, lebih kepada perubahan kerana ketakutan. 

Persoalan, berapa lama new norm itu bertahan? Sepanjang hanyat kah? Atau hanya selama proses menghilangkan ketakutan tersebut. 

Cara Covid-19 menyerang, memang menakutkan, kerana membawa dua sifat, bergejala dan tidak bergejala, mudah merebak, masuk ke dalam tubuh manusia melalui hidung, mulut malah mata. Ketahanan virus itu, cukup luarbiasa, termasuk di ruang biasa, malah virus itu masih kekal pada tubuh mereka yang telah meninggal. Kajian di Amerika, melaporkan, lompatan virus itu sehingga jarak 4 meter, walaupun piawaian WHO penjarakan sosial 1meter sudah memadai menghalang transmisi. 

Wabak Covid-19 yang muncul di Wuhan, China pada akhir Disember, 2019, pada peringkat awal diambil mudah oleh banyak negara. Kebanyakan negara menganggap virus itu seperti 6 virus lain yang hanya persifat setempat, atau epidemik. Malah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menghina china, bahawa Chinese Virus itu, tidak akan merebak di paman sam tersebut. Malah Donald Trump menawarkan bantuan kepada Iran, untuk mengatasi wabak tersebut, kerana ramai kematian di negara syiah tersebut. DI UK pula menganggap virus itu tidak akan sampai ke negara mereka, kerana kalau sampaipun, sudah ada herd immunity pada rakyat negara tersebut. 

Di negara kita, para pemimpin kerajaan yang tumbang, cukup angkuh, dengan mendabik dada, bahawa Malaysia mempunyai kepakaran untuk berhadapan dengan virus tersebut, seandainya turut merebak ke negara kita. 

Kini, selepas 4 bulan, kemunculan virus tersebut, bukan sahaja menakutkan seluruh dunia, kerana boleh dikatakan tiada negara terkecuali. Kerana wabak Covid-19 bukan sahaja pandemik juga epidemik, sehinggakan kebanyakan negara bertindak, perintah kawalan pergerakan (Movement Control Order), malah di kawasan zon merah dilaksanakan Total MCO atau lockdown. 

Pada masa tulisan ini sedang disiapkan, di seluruh dunia hampir 1.8juta didapati positif dengan kematian hampir 110ribu atau 6 peratus daripada keseluruhan kes positif. Peratusan kematian itu, mengatasi ramalan awal, iaitu 4%. 

Negara Amerika Syarikat adalah negara yang paling ramai kematian mengambil alih negara Italy yang mana pada peringkat awal merupakan negara yang paling terjejas. 

Kemunculan wabak ini, benar-benar mempengaruhi cara hidup, way of life, khususnya di negara kita berkaitan dengan displin beratur, namun pada kali ini, barisan panjang biasa menjadi pemandangan di pasar-pasar raya, pasar-pasar ikan, ATM bank, malah di pam-pam minyak. Malah solat berjemaah juga menggunapakai penjarakan sosial (kebalikan pada rapatkan saf). Jika dahulu, berpegangan tangan merupakan satu kesepakatan untuk bersatu, sehati sejiwa, kini, kerana wabak COVID-19, norma kehidupan itu, boleh membawa kemudaratan. 

Penulis teringat, satu video yang berasal daripada Korea selatan diawal kemunculan wabak ini, di negara itu, cara menyapa kawan atau kawan-kawan, atau ucapan bye-bye, menggunakan kaki yang beralaskan sepatu. Komen negatif netizen di negara ini cukup banyak, kononnya, new norm itu, melanggar norma-norma kebiasaan. Namun kini, rupanya, new norm itu benar-benar berlaku, walaupun di negara kita mungkin ada yang ikut cara itu, tetapi berasaskan nasihat Tan Sri Muhyiddin Yassin-Perdana Menteri kita, rakyat negara ini mungkin akan ikut cara Jepun, hanya tunduk menggantikan bersalaman, atau menggantikan hug cara arab. Mungkin, pada masa yang lama, kita tidak akan menyaksikan lagi bersalaman sambil cium tangan.

No comments:

Blog Archive