RAKYAT Malaysia bernasib baik kerajaan selama 61 tahun meletakkan soal kesihatan sebagai keutamaan.
Kesemua bandar besar ada Hospital, Daerah ada Hospital Daerah, Kawasan Luar Bandar ada Klinik kesihatan. Makna semua ceruk rantau Malaysia ada pusat kesihatan.
Dan Malaysia satu-satu negara dalam dunia melaksanakan perubatan percuma kepada rakyatnya. Dan menolak sistem yang diamalkan oleh setengah negara saperti dilakukan di Indonesia. Doktor di klinik swasta hanya membuat permeriksaan badan dan rawatan tetapi ubat kena beli di farmasi oleh pesakit.
Hanya di zaman Kerajaan Pakatan Harapan kerajaan telah menutup beberapa pusat kesihatan yang bernama Klinik 1Malaysia yang menyebabkan rakyat menghadapi kesusahan dalam masa 22 bulan untuk mendapat rawatan.
Bila Malaysia di serang Covid 19, kemudahan dan perkhidmatan perubatan telah membantu menahan kemarahan Covid-19.
Berbeza dengan Amerika, Itali dan berapa negara maju peningkatan kematian Covid-19 terlalu tinggi, kerana sistem perubatan mereka termasuk hospital tidak saperti Malaysia.
Bila berlaku serangan Covid19. Rakyat negara-negara itu yang tidak berduit, tidak berupaya untuk mendapat rawatan. Mereka mati kerana tidak mendapat apa pertolongan perubatan. Maka Covid 19 bertambah membiak dan menjadi wabak.
Kesimpulannya kita seharus berterima kasih dengan perancang pembangunan dan ekonomi yang mengekalkan Kerajaan mengambil tanggungjawab dalam soal kesihatan yang mana kesihatan dalam senarai perkara persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia.
Jika Kerajaan PH tidak tumbang pada bulan 24 Febuari 2020 dan di gantikan Kerajaan PN pada 1hb Mac 2020. belum tentu serangan Covid-19 dapat dikawal dan diperlahankan dan seterusnya akan dikalahkan.
Pemikiran Perdana Menteri PH menolak mentah cadangan larangan kemasukan pelancong China dan Timbalannya pula berkata Covid belum lagi ancaman . Dan jika cadangan Menteri pelancongan era PH untuk menarik ramai pelancong daripada Eropa menjadi kenyataan, maka, situasi serangan COVID-19 di negara kita tidak seperti yang ada, mungkin lebih teruk.
Apa tah lagi adanya pemimpin PH tidak setuju pendekatan kerajaan PN, malah mereka mencadangkan cara negara Sweden, Singapura atau Indonesia.
Cuba bayang kan jika PH masih berkuasa?
Kesimpulan bersyukurlah kita akan tumbangnya Kerajaan PH. Jika tidak bayangkan keadaan kita semua. Adakah sama saperti kita lalui sekarang?
No comments:
Post a Comment