Tanda-tanda penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila peratusan kes aktif/kebolehjangkitan (AC/TC) warna kelabu pada graf, menurun dengan rendah sekali, mungkin 4%, kerana belum ada piawaian yang ditetapkan sehingga kini. Peratusan untuk Malaysia setakat hari ini adalah 41.86%, kedua terbaik selepas Thailand. Jika peratus kebolehjangkitan rendah, secara automatik juga, kes baru rendah,juga peratusan discaj semakin tinggi atau menaik.
Pada Tabel di bawah, menunjukkan kes baru di Malaysia sentiasa landai, malah 2 hari merekodkan di bawah 100. Melihat perkembangan jumlah kes baru negara, sejak 18 Mac, hari pertama PKP, Malaysia bermula dengan 117 kes positif berbanding Filipina 15, Singapura 47 dan Indonesia 55. Sementara kes baru di negara kita sentiasa landai dan cenderung menurun untuk 4 hari terakhir, akan tetapi di 3 negara jiran sangat membimbangkan. Negara Singapura, dengan penduduk yang terkecil antara 5 negara dalam tabel, pada hari ini merekodkan 623 kes baru berbanding Malaysia 69.
1 comment:
Rakyat Singapura@ Covit19 beratur panjang di pasar raya kroni Lee Kwan Yew dari parti PAP Eksekutif FairPrice Group, Seah Kian Peng kaut untung berlipat kali ganda
Pelanggan mengunjungi pasar basah untuk membeli makanan di Singapura, dengan beberapa orang memakai topeng muka kerana kebimbangan mengenai penyebaran coronavirus COVID-19
Beberapa jam selepas kerajaan Singapura mengumumkan langkah untuk membendung penyebaran COVID-19, ramai orang dilihat berbaris panjang sekurang-kurangnya 20 barisan dalam satu masa.
Ia berlaku walaupun Ketua Pegawai Eksekutif FairPrice Group, Seah Kian Peng, memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pasar raya akan tetap dibuka. Seah Kian Peng menaikkan harga servis online dari pembelian panik rakyat Singapura dengan mengaut keuntungan berlipat ganda.
Post a Comment