Saturday, April 18, 2020

KEPADA PENYOKONG PN : JANGAN POLITIKKAN JPPS SABAH

KINI keputusan sudah dibuat, bahawa JPPS bakal dirasmikan kewujudannya di Sabah tidak lama lagi. 

Perdana Menteri telah melantik Datuk Seri DR Ronald Kiandee sebagai Pengerusi. 

Bersatu Sabah menyokong perlantikkan tersebut, memandangkan Ronald selain anggota kabinet Persekutuan, juga merupakan Setiausaha BERSATU negeri Sabah. 

Sebelum ini BERSATU Sabah mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan mengwujudkan jabatan itu, memandangkan Kerajaan Sabah merupakan kerajaan pembangkang kepada Kerajaan Perikatan Nasional. 

Ada lah apdal bagi pandangan BERSATU, bahawa sebarang peruntukan Persekutuan untuk negeri Sabah diatur tata kelolanya oleh jabatan yang mewakili hala tuju kerajaan Persekutuan yang bakal disempornakan oleh para pemimpin atau parti-parti yang menyokong Kerajaan PN. 

BERSATU Sabah berpandangan, rakyat masih lagi memberi merit kepada politik pembangunan, sebab itu, BERSATU sebagai sebuah parti perlu lah bertindak sesuai dengan aspirasi rakyat. 

BERSATU juga berpandangan para pemimpin dan parti-parti lain yang menyokong PN akan sekata dengan pendirian BERSATU sebagai upaya mendapat sokongan rakyat, dan seterusnya mendapat mandat pada PRU-15 akan datang, walaupun sebelum ini, beberapa pemimpin utama UMNO Sabah menentang cadangan tersebut, dan mendakwanya sebagai tindakan undur ke belakang atau regresif. 

Perdana Menteri telah memertimbangkan berbagai pandangan berkaitan pengwujudan JPPS Sabah, dan memutuskan bahawa kewujudan JPPS di Sabah lebih banyak manfaatnya kepada rakyat dan negeri Sabah berbanding keburukkan. 

Penulis berpendapat, jangan lah politikkan JPPS, kerana ianya semata-mata memperlancar pembangunan dan kemajuan Sabah secara umumnya untuk tempoh 3 tahun ini. 

Kerajaan Persekutuan, melihat bahawa Kerajaan Sabah yang ditabir urus oleh Kerajaan Warisan tidak realiable mengatur peruntukan Persekutuan, kerana terbukti menerusi bantuan kepada rakyat semasa PKP, bukan sahaja kelam kabut akan tetapi kucar kacir.

No comments:

Blog Archive