Sunday, April 19, 2020

TEMPOH PKP SABAH: ANTARA DUA DARJAT

Kluster DUN Sabah
DALAM tempoh PKP ini saya teringat pemikiran bernas, kritis tetapi sinis Allahyarham Tan Sri P Ramlee melalui filem Antara Dua Darjat menjadi titik tumpu perbincangan kita.

Filem melodrama terbitan Studio Jalan Ampas itu sarat dengan mesej berkaitan ketidakseimbangan sosial dan layanan manusia sesama manusia yang bukan sahaja berlaku pada masa lampau tetapi masih berlaku sehingga sekarang.

Dalam filem tersebut, ego dan rasa meninggi diri dalam kalangan golongan feudal dan bangsawan dipaparkan secara terang dan boleh mengundang rasa marah penonton.

Gambaran itu benar-benar berlaku di Sabah, khususnya berkaitan Pakej Bantuan COVID-19 Sabah yang berjumlah RM670juta. 

P. Ramlee dengan berpaksikan pepatah enggang sama enggang dan pipit sama pipit, adegan dalam filem tersebut benar-benar berlaku di Sabah semasa PKP ini.

Rasa tinggi diri dan sombong pihak berkedudukan ditonjolkan dalam organisasi melibatkan pelbagai keadaan. Sebagai contoh, kesilapan kecil juruacara majlis tersalah sebut gelaran dan jawatan seseorang berkedudukan tinggi boleh mencetuskan kemarahan orang-orang besar ini.

Selain itu, dalam majlis meraikan pekerja atau rumah terbuka, misalnya, orang besar masih duduk di meja VIP mereka dengan makanan sedia terhidang, manakala golongan marhaen ditempatkan di meja lain dengan hidangan yang mungkin berbeza.

Inilah antara babak dan situasi yang kita nampak cara Kerajaan Warisan melayani rakyat Sabah semasa musibah Covid-19.

Ternampak sungguh, bagai mana kerajaan Warisan membeza-bezakan rakyat. Bagi orang susah, cara Warisan memberi bantuan mendedahkan rakyat kepada jangkitan, sebagai contoh pembahagian kubis di Pekan Inanam, manakala bagi rakyat berada, bantuan yang cukup kuantitinya terus dihantar di depan rumah.

Demikian juga, daripada segi pematuhan PKP, kerajaan Warisan menunjukkan bahawa kedudukan sebagai Wakil Rakyat itu adalah lesen melanggar undang-undang. Cuba lihat pada gambar di depan pintu masuk Bangunan DUN Sabah pada 16 April.. Ternampak sangat nasihat KKM, berkaitan penjarakan sosial tidak dipedulikan.

Begitu juga anggapan bahawa masuk terowong sanitasi kononnya boleh membunuh kuman, sedangkan tiada bukti sainstifik membuktikan, kerana kuman atau virus yang dinyahkan berada dalam tubuh manusia.

Dalam situasi PKP ini, rakyat Sabah benar-benar dapat melihat, bagaimana kepimpinan Shafie, bukan sahaja kelam kabut malah bercelaru. Sebagai misalan, sebagai sahaja Pakej bantuan Covid-19 diumumkan pada 25 Mac, Setiausaha Kerajaan Negeri mengumumkan, bahawa bantuan sudah dikreditkan dalam akaun bagi mereka yang layak, manakala yang tiada akaun dibayar secara tunai. Dengan pengumuman itu, rakyat berpusu-pusu ke ATM-ATM bank, tetapi mereka kecewa, kerana wang yang diharapkan tiada dalam akaun. 

Cuba bayangkan mengagih-agihkan duit kerajaan pun, kerajaan Shafie tidak mampu, apa tah lagi wang daripada poket sendiri. 

Seperkara lagi, Kerajaan Sabah mendapat bantuan sanitizer daripada Kerajaan China, selain topeng muka, demikian juga Kerajaan Persekutuan telah menghantar 3 juta penutup muka untuk diagihkan kepada rakyat, namun apa yang berlaku, ada dakwaan sebahagian barangan tersebut dijenamakan dahulu dengan menampal logo Warisan, seolah-olah bantuan itu datangnya daripada parti.

Apa yang malang lagi, apa jenis bantuan yang diagihkan sangat bergantung pada senarai yang ada di UPPM atau MPKK, dan sudah tentunya mereka itu adalah ahli atau penyokong parti Warisan.

3 comments:

Anonymous said...

PEMILIHAN BERSATU JADI PENENTU
ALJUB TENDANG ATOK ITU SUDAH PASTI
ALJUB JUMPA JIDIN INI AKSI TERBARU
UMNO PAS POPCORN TAMBAH & TEPUK DNG PADU

HAMBATKAN SAJA ALJUB DAN ATOK INI
PEMIMPIN LUSUI BERKARAT BERAMBOS KINI
RAKYAT DAH MELUAT MENYAMPAH HARI HARI
HAPUSKAN TERUS SEMUA LEGASI TAK GUNA INI



kikikikiki...

FORMULA TURUN HARGA = BMF + JUARA ASNAF + HAAH TEPUK

Anonymous said...

PH KATA APA GUNA SIDANG PERLIMEN SATU HARI
DEPA NAK SIDANG DEWA PARLIMEN 2 HARI LA BANGANG.!
SIDAMG DEWAN NIGRI P. PINANG PUN 2 JAM KIKIKI..
TU LAH KAN KUTUK ORANG NEGRI SINDRI BUAT GAMPANG.!

KIKIKIKI..

Anonymous said...

ADA KAH ATOK ON KE TAK ON PARLIMEN 18 MEI NANTI
KALAU ON ATOK DUDUK KAT TEPI BELAH SATU LAGI
RAKYAT PUN BOLE TGK ATOK DUK SEBELAH ALJUB INI
HAAH JANGAN LUPA POPCORN TAMBAH TEPUK KASI PADU NNTI


KIKIKIKI..AAUCHH..!!

Blog Archive