Sunday, April 19, 2020

COVID-19: TIDAK MUSTAHIL WUJUD KLUSTER PATI

PENGALAMAN Singapura, bahawa punca meningkatnya jangkitan postitif covid-19 di negara itu bermula 13 April adalah dikalangan kluster asrama yang diduduki pekerja asing. 

Di Malaysia, kluster seumpama itu belum menjadi tumpuan, walaupun 2 hari lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah mengikuti secara dekat perkembangan di negara jiran tersebut. 

Berbeza dengan Singapura, pekerja asing di Malaysia, menyebar merata, dan jika terdapatnya kluster daripada kumpulan sedemikian, maka akan mudah menyebar secara meluas di kalangan masyarakat. 

Mengingat apa yang berlaku di Singapura, negara kita mesti bersedia menghadapinya, walaupun negara ini daripada mula lagi berjaya mengekang lonjakan mencanak pesakit positif, dan keadaan itu memudahkan perkhidmatan kesihatan termasuk wad dapat merawat pesakit sebaik mungkin. 

Melihat kejayaan Malaysia mengawal transmisi COVID-19 khususnya selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac sehingga 28 April, dapat disimpulkan di kalangan rakyat Malaysia peratusan mereka yang dijangkiti cukup rendah, malah peratusan pesakit positif yang mempunyai potensi menjangkiti orang lain, semakin hari semakin berkurangan. 

Semalam, data statistik Malaysia, kes baru hanya 54 berbanding yang sembuh 135, dalam rawatan 2115 (39.87%) berbanding yang sembuh 3102 (58.47%), manakala jumlah kes positif keseluruhan 5305 pesakit dengan 88 kematian (1.66%). Rekod Malaysia ini jauh lebih baik berbanding rekod dunia. 

Kejayaan Malaysia, membendung transmisi wabak ini, belum berakhir, jika melihat pengalaman Singapura, khususnya yang berkaitan dengan pekerja asing, khususnya pekerja asing tanpa izin (PATI).

No comments:

Blog Archive