Keputusan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setidak-tidaknya transmisi COVID-19 di kalangan rakyat terkawal.
Pada 18 Mac, Hari Pertama PKP, kes baru positif di Malaysia adalah 117, berbanding Singapura 47, Filipina 15, Indonesia 55. Selepas 29 hari, kes baru di Malaysia adalah 85, manakala di Singapura 447, Filipina 230 dan Indonesia 297.
Nampak gayanya, Malaysia berada pada landasan tepat menghalang transmisi COVID-19 di kalangan rakyatnya.
Kerajaan Malaysia masih ada 13 hari lagi sehingga 28 April, memutuskan rantai virus pembunuh COVID-19 di negara ini.
No comments:
Post a Comment