Latest News

RAKYAT MENGEJAR JANJI

PEMIMPIN atau pemimpin parti yang membuat janji kena bertanggungjawab terhadap sebarang janji yang dibuat. Janji perlu ditunaikan. Kata peribahasa kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. 

Berkait dengan janji manifesto, selagi segala janji tidak ditunai, selagi itu rakyat mengejarnya, Jika tidak ditunai, maka rakyat bertindak melakukan protes menolak yang berjanji melalui pilihanraya, samada pilihanraya kecil seperti PRK Tg Piai atau PRU ke-15 akan datang. 

Kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat kerana janji, kemudian tidak menunaikan janji dengan memberi 1001 alasan, boleh dikategorikan sebagai kerajaan yang menang kerana menipu. 

Jangan marah pada rakyat apabila menolak kerajaan yang menipu mereka. 

Selepas PRU-14, telah melalui 4 PRK, rakyat yang tertipu telah memberi isyarat, malah menerusi PRK Tg Piai yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada Sabtu (16 November), rakyat menunjukkan manifestasi mereka, apabila calon yang menabur janji hanya mendapat undi 10,380 berbanding lawan 25,466 undi, malah majoriti satu setengah kali ganda, iaitu 15,086. 

Rakyat begitu marah sekali, apabila keadaan kehidupan mereka terus merana, bukan sahaja berhadapan dengan kos sara hidup yang terus meningkat, malah sumber pendapatan juga cukup terhad, malah tidak kurang yang kehilangan pekerjaan, sementara itu, pemimpin yang diberi mandat boleh mendapat elaun sehingga RM100 ribu sebulan, bergembira dengannya, sedangkan elaun itu diperolehi menerusi cara-cara tipu. 

Kesabaran rakyat ada hadnya. Tempoh hampir 2 tahun dikira peluang yang mencukupi. Rakyat tahu betul, sistem perekonomian, pemerintahan, Perlembagaan dan sebagainya adalah sama selepas pertukaran kerajaan sebagai impak PRU-14, apa yang bertukar atau berubah adalah jawatan-jawatan politik seperti Perdana Menteri dan menteri-menteri atau pengerusi-pengerusi GLC, rakyat bertanya mengapa dalam sistem yang sama, rakyat yang dikorbankan dan diminta berkorban? 

Pertukaran kerajaan selepas PRU-14, rakyat negara ini diberi peluang membandingkan antara kerajaan lalu dan kerajaan sekarang, baik di pusat mahupun diperingkat negeri. Rakyat mempunyai pengalaman itu. Lumrah manusia, mana yang lebih baik akan dipilih. Sebab itu, menerusi PRK Tg Piai, meskipun ancaman telah diberikan kepada pengundi, bahawa memilih calon lawan kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa atau sia-sia tidak dipedulikan rakyat, malah ancaman itu mendapat reaksi luar biasa, apabila calon lawan disokong lebih 65% daripada mereka yang keluar mengundi. 

Kerajaan atau pemimpin yang diberi mandat perlu ingat dan tahu, rakyat masa kini, cukup pragmatik, anggapan, bahawa rakyat terus menyokong kerana berselindung pada “perjuangan” tidak boleh lagi menjadi pegangan, ianya adalah naratif masa lalu, kerana pertimbangan rakyat, mereka tidak saggup berlapar lagi, sementara pemimpin atau wakil rakyat atau mereka yang mempunyai jawatan politik, atau mereka yang berada dalam “iiner circle” hidup mewah, bersarapan di tempat-tempat berbintang, menghabiskan masa cuti di kota-kota besar luar negara. 

Para pemimpin kena ingat, rata-rata ketua keluarga di negara ini, sekurang-kurang mempunyai anak tamatan pengajian tinggi, samada mempunyai kelayakan perubatan, kejuruteraan, akauntan, dan kelayakan-kelayakan lain, tetapi masih berstatus menganggur, kecuali mahu bekerja di restoran makanan segera atau kedai serbaneka 24 jam dengan gaji yang minimum sekali, hanya menyahut, slogan “jangan pilih pekerjaan” janji dapat pendapatan. 

Adalah diluar kebiasaan manusia, apabila terus menyokong mereka yang tidak tunai janji, semata-mata memberi mereka kedudukan. Malangnya di negara ini sedikit sekali, mereka yang berada dalam kedudukan LUARBIASA ITU. Fikir-Fikrkan.

4 Responses to "RAKYAT MENGEJAR JANJI"

Anonymous said...

DAH MASUK 2 ARI ATOK DIAM ATAU TAKOT
DEMAM KAH SI ATOK ATAU TAKAJUT.?
RAKYAT TAKAJUT ATAU DIA NAK CA ALIF BOT
KIKIKI ATO NK CARI AKAL CAMNER NAK KELENTONG KOTT..!!


KIKIKIKI...


FORMULATURUNREGE=BMF


Anonymous said...

DAP telah membuat MANIFESTO TIPU, mereka MENIPU UNTUK HAPUSKAN TOL, HAPUSKAN PTPTN, etc etc. Mereka telah MENIPU!

Sebagai tindakbalas JOM semua kita boikot kedai dan produk2 DAP dipasaran. Selalulah ingat mengingati sesama kawan2, sanak saudara, ibu bapa dikampung supaya jangan membeli produk2 DAP.

Ayuh semua jom sama2 ISTIQAMAH dan SEMARAKKAN lagi kempen BOIKOT KEDAI2 dan PRODUK2 DAP!

Katakan TIDAK KEPADA PENIPU!

Anonymous said...

Jika Kutty serahkan kerusi PM kepada Non dan serahkan kuasa kepada DAP, samalah seperti cubaan MEMBUNUH DIRI, bukan diri sahaja malah satu kelurga akan menerima musibahnya!

Mereka2 ini sudah 20 tahun BERDENDAM dan kini sudah tiba masanya untuk MELUNASKAN DENDAM2 TERSEBUT.

Dengan AG ditangan mereka! Kini mereka MENJADI AMAT BERKUASA!

Eloklah survey2 mana2 negara yang nanti anda boleh lari?


自拍影片花王自拍 said...

成人卡通影片分享
免費正妹交友
台灣媽媽精
免費自拍圖片
聊天交友網愛
online遊戲
免費視訊脫衣視訊
a片免費看
亂倫俱樂部

Blog Archive