Sunday, November 17, 2019

PRK TG PIAI-KEKALAHAN TERUK PH-BUKAN SOAL PERALIHAN KUASA JAWATAN PM

DI MATA sebahagian besar rakyat (65%), siapapun Perdana Menteri PH, semasa PRK kali ini tidak mengubah pendirian mereka, kerana mereka telah membuat keputusan seawal PRK Cameron Highlands. 

Kegagalan PH bertindak balas isyarat mutlak yang diberikan rakyat pada PRK Semenyih telah mengundang kekalahan teruk Wak Karamine Sardini. 

Jumlah undi yang diperolehi calon PH hanya 26.7% daripada jumlah yang keluar mengundi, manakala majoriti yang diperolehi calon MN 38.9%. Nisbah itu menunjukkan dua perkara- pertama kemarahan, kebosanan dan protes dan kedua penerimaan mereka terhadap flatform baru politik tanah air- Muafakat Nasional. 

Mantan Timbalan Presiden PKR- Syed Hussien Ali terlalu awal membuat kesimpulan yang mendakwa bahawa penyumbang kekalahan teruk calon PH daripada Bersatu kerana isu peralihan kuasa Perdana Menteri, malah mendakwa PM ke-7 berdolak dalik mengenainya. Hakikat sebenarnya mantan Timbalan Presiden itu gagal membaca orentasi rakyat, beliau terbawa-bawa emosi sendiri. 

Berbagai isu yang melanda negara, seperti merudumnya pasaran saham telah menyebabkan ramai pelabur kehilangan wang atau rugi, dan sudah tentunya mereka itu adalah masyarakat peniaga, mereka itu sebahagian besar daripada kaum cina. Manakala kejatuhan harga kelapa sawit ramai pekebun atau peneroka mengalami kerugian, dan mereka itu sebahgian besar kaum melayu sementara pemilik ladang-ladang adalah daripada kaum cina. 

Kenaikan sara hidup meliputi sebahagian besar rakyat, khususnya mereka yang termasuk dalam kumpulan B40, seperti nelayan, petani, pekebun pemandu teksi dan pekerja am lain. 

Tindakan kerajaan mengurangkan bantuan terhadap rakyat dalam kategori B40, pengurangan jumlah penerima BRIM (kini BSH=bantuan sara hidup) telah mengurangkan daya beli golongan ini. Faktor ini lah satu penyumbang kepada protes dan kemarahan mereka. 

Dividen penyimpan Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) terendah dalam sejarah dua tabung itu, juga penyuntik kepada kemarahan rakyat. 

Kesilapan PH terakumulasi, bukan faktor Tun Dr Mahathir seorang seperti mana luahan Syed Hussien Ali, tetapi sumbangan secara bersama-sama seluruh jajaran kepimpinan termasuk para menteri yang kurang cerdik dalam tindakan dan ucapan. 

Selain faktor-faktor tersebut tindakan meletakan semua kegagalan menunaikan janji, kegagalan mengurus ekonomi, kegagalan membela rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional sudah mencapai keadaan overcook dan overkill malah overdone, seperti dakwaan keadaan perekonomian pada masa ini adalah diwarisi daripada kerajaan BN yang melakukan kerosakan selama lebih 60 tahun, sedangkan para pemimpin utama PH adalah sebahagian kerajaan Bn di masa lalu. 

Apa yang tidak dapat dicerna rakyat biasa, adalah berkaitan jumlah hutang negara yang diuarkan-uarkan mencapai lebih RM1trilion=RM1000bilion=RM1juta juta, sedangkan jumlah itu pada Disember 2017 atau semasa peralihan kuasa hanya berjumlah RM686bilion untuk tempoh masa 60 tahun atau purata RM11.43bilion setahun, berbanding pertambahan hutang negara untuk tempoh 18 bulan sebanyak RM134bilion atau purata RM89.33bilion setahun. Kerajaan mendakwa hutang diperlukan untuk membayar hutang era BN, tetapi mengapa hutang tidak berkurang? Malah terus bertambah. 

Apa yang membimbangkan rakyat, kerajaan terus menambah hutang, disertai penjualan harta negara, menjiarah wang petronas RM80bilion, pada masa sama, tiada tindakan yang dikecapi rakyat, khususnya dalam penyediaan peluang-peluang pekerjaan, menyumbang kepada penurunan kos sara hidup. 

Pendek kata, isyarat yang diberikan pengundi Tg Piai, dialamatkan kepada seluruh jajaran kepimpinan dan kerajaan PH, bukan hanya pada Tun Dr Mahathir. 

Dalam senario sekarang, jikapun Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan PM kepada Dato Seri Anwar, penerimaan rakyat adalah sama, kerana kerosakan telah berlaku, dan tidak mudah untuk diperbetulkan dalam masa singkat.

3 comments:

Anonymous said...

MARAH BEBANO BLOGGER KLUANG MAN KITER
KITA NAK TALKINKAN ALJUBORI AL KUTTY
PLURALIS MURTAD SYIAH COMANGO ANUTAN DEPA
YANG TU MAHACAI BANGANG BUAT BUTA TULI..


ada satu lagi yg tertinggal dari posting kat atas pliralisma murtad syiah comango@marina gereja perlu dihapus 100%


Formula hilang stress tak leh tido kat bawah tu






FORMULATURUNREGE=#BMF

Anonymous said...

Masa untuk DAP/PH MENYAMUN harta2 dan aset2 kerajaan menjadi semakin suntuk. Oleh itu bersegeralah menjual apa2 aset yang masih berbaki, menambah hutang negara dalam skala besar2an dan bersegeralah untuk mengagih2kan wang dan harta2 tersebut sesama sendiri, kawan2 kroni dan taukeh2 cina yang berpangkalan diluar negara.

Ayuh segeralah MENYAMUN kerana masa semakin TIDAK MENGIZINKAN!

#BMF!

Anonymous said...

Kepada semua kakitangan kerajaan dan swasta, orang2 kampung, polis2, tentera2, nelayan2, penorah getah, peneroka, para petani, pensyarah2, guru2, ustaz2, ulamak2, driver lori, pekerja kilang, para2 penganggur, doktor2, dll teruskan ISTIQAMAH untuk bersama2 PEMBANGKANG.

InsyaAllah PRU15 akan menjelma tidak berapa lama lagi!

Juga teruskan ISTIQAMAH dalam kempen #BMF!

Blog Archive