Thursday, November 21, 2019

PAS SEMENTARA SABAH-CANGGIH

HANYA CONTOH
PAS SEMENTARA SABAH (PSS) yang bakal dikeluarkan pada 1 Jun, 2020 merupakan sebuah kad yang canggih, kerana kad itu dilengkapi dengan data biometrik, dan boleh berfungsi sebagai smart card. Kad itu lebih canggih berbanding mykad yang dimiliki setiap warganegara berumur 12 tahun dan ke atas. 

Kad itu boleh diakes oleh mana-mana mesin pengimbas atau mesin automatik digital milik agensi kerajaan. Juga kad itu, dibutirkan profile setiap pemegangnya termasuk “susur galur” atau “family tree”. Menerusi profile tersebut, memudahkan kerajaan mengenalpasti kedudukan setiap daripada mereka. Di lain pihak pula, jika ketua keluarga atau mana-mana daripada susur galur keluarga itu diterima sebagai warganegara, maka boleh membawa bersama keluarga lain, kerana telah adanya profile lengkap. 

Pengenalan PSS adalah untuk menggantikan IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Bancian PATI di Sabah. 

Di antara 3 dokumen itu, hanya IMM13 merupakan kad rasmi yang dipersetujui oleh kerajaan, kerana Malaysia mengiktiaf pelarian Filipina dibawah panji-panji Bangsa-Bangsa Bersatu-UNHCR. Manakala Kad Burung-Burung dan Sijil Banci, adalah tindakan kerajaan era PBS sebagai pembuktian kepada Kerajaan Persekutuan terdapatnya ramai PATI di Sabah, untuk meminta Kerajaan Persekutuan bertindak mengenainya. 

Apa yang berlaku, mereka yang diberikan dokumen IMM13 termasuk keluarga mereka terus tinggal di Sabah, demikian juga yang tersenarai dalam kad burung-burung dan sijil bancian, walaupun pada masa yang sama , kerajaan terus menghantar pulang PATI, hingga setakat ini, hampir 600 ribu telah dihantar ke negara asal.

Sementara kerajaan menghantar pulang PATI, pada masa sama juga jumlah rakyat Sabah terus meningkat, sehinggakan berubahnya demografi Sabah. Peningkatan rakyat Sabah diluar kebiasan kelahiran manusia. 

Perubahan demografi Sabah dapat dibuktikan menerusi persempadan pilihanraya, iaitu, daripada komposisi 20:20:8, bumiputera islam-bumiputera bukan islam-kaum cina, kini telah berubah kepada 32:20:8.

Menurut kerajaan setakat ini, mereka yang memegang 3 dokumen seramai 136,055, dengan pecahan IMM13 (51,645), Kad Burung-Burung (36,892) dan Sijil Banci (47,518) dan Kerajaan menganggarkan jumlah mereka itu mencapai 600 ribu dengan mengambil kira ahli keluarga mereka.

Berasaskan anggaran itu, bermakna seramai 463,945 daripada mereka tanpa dokumen. Persoalannya di mana mereka sekarang ini? Apa kah mereka ini sebahagian daripada 3.9juta penduduk Sabah yang dikatakan daripada jumlah itu, hanya 2.7juta merupakan warganegara.

No comments:

Blog Archive