Thursday, November 21, 2019

STRATEGI MENGALIH PANDANG

SIAPA yang tidak terpukul, kekalahan teruk Pakatan Harapan di PRK Tg Piai, bukan sahaja gagal mempertahankan kerusi itu, malah kini fenomena “Salam 15,000” bergema di Dewan Rakyat. 

Hanya 2 hari selepas PRK itu, Azmin mengadakan pertemuan sulit dengan 17 MP Umno di kediaman beliau di Putrajaya. Pertemuan ini, bukan sahaja mengoncangkan Umno akan tetapi juga PKR. 

Setidak-tidaknya pertemuan Azmin dan MP Umno itu meredakan kritikan terhadap Tun Dr Mahathir selain meredam “ura-ura” usul tidak percaya terhadap beliau. 

Permainan politik sekarang ini macam main “pool”. “breaker” akan menyondol bola putih sekuat mungkin, dengan harapan bola 15.14.13 masuk lubang poket sekaligus. Jika itu berlaku, maka kemenangan hampir berpihak kepada sibreaker. 

Salah satu lagi teknik alih pandang, adalah pengumuman “kereta terbang” akan terbang hari ini, namun Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak membenarkan, kerana akan menganggu ruang udara. 

Selain itu, ‘pergaduhan” “olok-olok” antara MP Kuala Krau dan Pasir Salak di lobi Parlimen, juga salah satu teknik alih pandang. 

Sejak PRK Tg Piai melabuhkan tirai, berbagai tindakan alih pandang dibuat, antaranya yang tidak kurang penting, adalah kenyataan Dato Seri Anwar, bahawa jika “sesiapa” yang berminat jawatan Perdana Menteri, jangan main sorok-sorok. 

Hakikatnya, tindakan Azmin bertemu dengan 17 MP Umno mempunyai tujuan multi task, pertama untuk menganggu kemarahan Muafakat Nasional, pada masa yang sama meredakan kritikan terhadap Tun Dr Mahathir dan seterusnya membuatkan Dato Seri Anwar berfikir dua kali untuk membuat tindakan usul tidak percaya di Dewan Rakyat. 

Pendekatan Azmin merupakan pendekatan jangka pendek untuk meredakan suasana panas sebagai impak PRK Tg. Piai. Selepas ini, keadaan akan tenang semula, walaupun salah seorang MP DAP, iaitu, MP kepong menghentam kaw-kaw kerajaan Pakatan Harapan di Dewan Rakyat. 

Apa yang berlaku selepas PRK Tg Piai, adalah sebahagian daripada permainan politik aras tinggi, dan pemenangnya adalah pemimpin dibelakang permaianan itu. Jelas sekali, permainan seumpama ini, adalah kepakaran Tun Dr Mahathir. 

Jangan main-main dengan Pemimpin sifu, kerana beliau bukan sahaja jauh perjalanan, akan tetapi luas pandangan. 

Penulis melihat, semua wakil rakyat yang terlibat dalam permaian politik sekarang, bagaikan bola “pool” sangat bergantung kepada “breaker”!!!.

No comments:

Blog Archive