Thursday, November 28, 2019

KETUA MENTERI SAH SABAH- MAHKAMAH RAYUAN GUNA ISU TEKNIKAL

DARIPADA awal-awal Tan Sri Musa Aman membawa kemelut Ketua Menteri Sabah ke mahkamah adalah untuk penafsiran Perlembagaan Negeri Sabah berkaitan kuasa TYT Sabah dalam isu pemecatan Ketua Menteri. 

Mahkamah Rayuan Kota Kinbalu hari ini, menolak rayuan Tan Sri Musa menggunakan alasan teknikal atau akademik, akan tetapi langsung tidak merujuk berkaitan kuasa TYT berasaskan Perlembagaan Negeri Sabah. Atau dengan kata lain langsung tidak mengunakan merit rayuan. Kes ini yang asalnya daripada mahkamah tinggi kemudian sampai ke mahkamah rayuan, akhirnya ditolak dengan isu teknikal. 

Dengan penolakan itu, maka tujuan Musa untuk meneggakkan atau menghormati Perlembagaan Negeri tidak pun diambil kira oleh Mahkamah. 

Memang pada masa ini, Shafie mempunyai sokongan 48 ADUN termasuk 5 ADUN lantikan, daripada asal 29 selepas PRU-14. 

Apa yang rakyat Sabah mahu tahu, adalah berkaitan dengan kandungan Perlembagaan Negeri, bukannya alasan teknikal berasaskan keadaan semasa. 

Apa yang berada pada pendapat kebanyakkan rakyat Sabah, ada lah tindakan TYT Sabah melantik seorang Ketua Menteri lain pada 12 Mei, 2018, sedangkan pada 10 Mei, 2018 seorang Ketua Menteri bukan sahaja dilantik akan tetapi telah mengangkat sumpah. Kabinet juga telah mengangkat sumpah, malah pada 12 Mei,2018 sebelum perlantikan Ketua Menteri lain, Kabinet Kerajaan Negeri telahpun mengadakan Mesyuarat Kabinet Pertama. Isu ini lah yang Musa mahu mahkamah membuat penafsiran, kerana ianya membawa implikasi yang berpanjangan terhadap politik Sabah. 

Tanpa keputusan berkaitan kuasa TYT Sabah dalam Perlembagaan Negeri, maka ianya bakal menyebabkan politik Sabah terus bergolak. 

Walau bagai mana pun, kes ini akan sampai ke Mahkamah Persekutuan, kerana Musa telahpun mengarahkan peguam beliau memfailkan rayuan. 

Mungkin pihak Mahkamah rayuan melihat bahawa Musa ingin kembali sebagai Ketua Menteri, sedangkan ADUN Sungai Sibuga itu hanya bersendirian sebagai ADUN Tunggal BN atau UMNO, yang mana parti BN adalah asas kepada beliau dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada malam 10 Mei,2018, sedangkan tujuan beliau hanya mahu penafsiran kuasa TYT dalam Perlembagaan Negeri Sabah, sebagai asas mengelak pergolakan politik Sabah dikemudian hari. 

Nampaknya, antara Musa dan Mahkamah Rayuan belum synkronise dalam segi visi dan tujuan. Adalah diharapkan Mahkamah Persekutuan akan melihat semua sudut, demi masa depan politik Sabah.

1 comment:

pakresky said...

ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

Blog Archive