OLEH kerana POLITIK KATAK telah jadi halal, di masa depan, Kerajaan Sabah bakal ditentukan oleh kumpulan ini.
Apa pun keputusan pilihanraya, bakal berubah, kerana faktor politik katak.
Oleh kerana tiada undang-undang menghalang politik katak, maka di masa depan, parti yang menang pilihanraya, boleh jatuh dalam masa singkat, sepertimana pengalaman Sabah pada tahun 1994 dan tahun 2018. Senario ini akan berterusan sampai bila-bila.
Politik Katak bukan sahaja mempermainkan rakyat, akan tetapi menyalahgunakan sistem demokrasi.
Apa yang diperlukan sekarang, jika mereka yang berminat sebahagian daripada kerajaan, maka perlu melabur pada pilihanraya khususnya pada calon-calon yang berpotensi menang untuk dijadikan barang dagangan dalam politik katak.
Ketua politik katak, tidak perlu melibatkan ramai orang, seperti mana pilihanraya yang memerlukan seramai mungkin pengundi. Dalam politik katak, yang mustahak dapat mengumpul jumlah lebih separuh daripada kerusi yang dipertandingkan, kemudian kawtim dengan yang melantik, maka terbentuk lah kerajaan.
Mudah sungguh mempertahankan kerajaan katak, kerana semua yang berkepentingan berkumpul dan sudah berpakat, yang penting apa yang saya dapat you juga dapat, seperti mana berlaku selepas PRU-14.
Sebelum PRU-14, jawatan TYT Sabah hanya 2 penggal, kini tiada had tempoh, ertinya sudah menjadi sistem beraja.
Tan Sri Musa Aman, sudah cuba dua kali menggunakan mahkamah untuk pentafsiran Perlembagaan Negeri, khususnya kuasa TYT, namun setakat ini belum diambilkira oleh dua peringkat mahkamah-Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Dua peringakat mahkamah itu secara tidak langsung menerima pakai, kerajaan politik katak. Ertinya, di masa hadapan, dalam pembentukan kerajaan, ianya boleh dijadikan satu kaedah.
Tidak mustahil di masa hadapan akan ditubuhkan syarikat yang menjadikan politik katak sebagai produk dagangan. Modus operandinya, syarikat itu akan membeli seramai mungkin calon yang menang, dan syarikat ini akan menjadi broker membentuk kerajaan.
Ada lah lumrah, setiap perkara yang sudah bermula pasti berlanjutan, kerana perjalanan beribu batu dimulakan oleh langkah pertama, kecuali ada undang-undang yang menghalangnya.
1 comment:
ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL
Post a Comment