Thursday, November 28, 2019

MAKSUD DISEBALIK PSS

Hanya Contoh
DI ATAS kertas, maksud Pas Sementara Sabah (PSS) adalah untuk menggantikan 136ribu dokumen IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci. 

PSS dikatakan kad canggih, kerana bakal mengandungi profile individu yang diberikan kad tersebut termasuk data biometrik, kemungkinan juga DNA. Jika demikian lah canggihnya kad terssebut, mengapa tidak diperluas di seluruh negara? sedangkan di Semenanjung juga wujudnya PATI yang ramai.

Baik lah penulis bersangka baik, kerana percaya kepada hujah Datuk Aziz Jamman, bahawa PSS hanya untuk menggantikan 3 dokumen yang ada di Sabah, kerana 3 dokumen itu dikatakan mudah ditiru atau dipalsukan. Maksud kepada hujah itu, selepas semua 136 ribu diberikan PSS, dan diperluas kepada anggota keluarga mereka yang tentunya TIADA SEBARANG dokumen, diperkirakan jumlahnya adalah 600 ribu orang atau 600 ribu kad.

Kad ini bukan percuma. Ianya terbahagi kepada beberapa komponen. Kad itu sendiri. Mircochip, proses mendokumentasikan. Kad itu sendiri mempunyai kos, sekurang-kurangnya RM10 sekeping. Microchip paling murahpun RM50 sekeping. proses dokumentasi RM120 sekeping. kelihatannya masih murah, tetapi yang mahal adalah kos tersembunyi, iaitu proses merekodkan biomterik, apa tah lagi jika ditambah rekod DNA. Secara kasarnya, projek PSS ini merupakan projek ratusan juta. Beruntung sangat, syarikat yang bakal mengendalikan pendokmentasian ini.

Dilihat daripada segi kewangan, memang ada syarikat-syarikat atau para individu yang bakal mendapat durian runtuh. Benar lah kata Hussien Lempoyang dalam Filem P. Ramlee Tiga Abdul-Meniaga Manusia Lebih Untung Berbanding Meniaga Unta!!!.

Lupa kah kutipan kewangan yang besar, kerana ianya tidakpun melibatkan ramai orang. Persoalan besar yang ada kaitan dengan rakyat Sabah, adalah impak pemberian kad itu sendiri, kepada Sabah sebagai sebuah negeri.

Mereka yang bakal diberikan kad tersebut adalah manusia biasa seperti juga rakyat Sabah yang lain. Mereka itu perlu perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan pendidikan selain perumahan. Mereka ini nanti akan menerima perkhidmatan sama dengan rakyat Sabah, pendek kata tiada perbezaan!!!.

Baik lah, hanya 600 ribu!!!! apa kah jumlah itu hanya 600 ribu? Penulis yakin jumlah mereka akan berlipat kali ganda, kerana lumrah, jika sesuatu projek melibatkan kewangan, maka angka atau kuantiti sangat penting.. Semakin banyak atau ramai, maka peluang mengautkan kutipan kewangan semakin terbuka.

Ambil contoh di tahun 70-an dan awal 80-an, 90-an, apabila kerajaan memutuskan pemberian 3 kad yang bakal digantikan, bukan sahaja mencipta beberapa individu jutawan (sehinggakan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri-ISA) juga secara tidak sedar, pertambahan Rakyat Sabah diluar kebiasaan kelahiran manusia.

Apa yang malang lagi, sementara mereka yang direkodkan menerusi 3 kad, hanya sedikit di atas 136 ribu, atau tepat 136,055 tetapi peningkatan rakyat Sabah sungguh luar biasa, sehinggakan menyebabkan perubahan sangat ketara pada persempadan semula pilihanraya negeri.

Sehingga PRN tahun 1999, persempadanan pilihanraya negeri adalah 20:20:8 untuk 48 kerusi DUN Sabah. Sebagai impak pertambahan rakyat Sabah, ianya berubah kepada 32:20:8 pada persempadan pilihanraya tahun 2002. Melihat kepada persempadan itu lah, PBS tiada pilihan lain, terpaksa akur dan menyertai semula BN pada tahun 2002.

Bukan rahsia lagi, pertambahan rakyat Sabah meningkat di kawasan-kawasan tumpuhan PATI, khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah termasuk Tawau.

Kini, bukan sahaja telah berlakunya pertambahan rakyat Sabah luar biasa, malah ramai sudah keturuan mereka ini, bukan sahaja menjadi penjawatan awam atau orang-orang penting, malah ramai sudah telah memasuki Dun Sabah, sebagai wakil rakyat!!!.

Di masa hadapan, rakyat Sabah jangan pelik, jika demografi Sabah akan berubah secara total. Perubahan total itu, rakyat asal Sabah akan menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.

Rakyat asal Sabah, masih bergantung harap pada para pemimpin seperti Datuk Hajiji Haji Noor, Datuk Jahid Jahim, Datuk Joniston Bangkuai, Datuk Jeffrey Kitingan dan para pemimpin Bersatu Sabah (PPBM) untuk menyanggah meghalalkan PATI Sabah.

Para pemimpin yang membangkang pemberian PSS Sabah perlu terus mendesak, adalah perlu menghantar pulang semua PATI di Sabah, seperti mana berlaku pada pelarian Vietnam.  Alasan bahawa mereka ini, ingin terus kekal di Sabah, bukan alasan yang boleh diterima bulat-bulat.

Jaga lah negeri untuk masa generasi akan datang, bukannya akur kepada keputusan jangka pendek yang mempunyai matlamat tertentu, iaitu maksud disebalik pembeian Pas Sementara Sabah!!!.

2 comments:

pakresky said...

ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

ema said...

Aaaaa

Blog Archive