Sunday, September 29, 2019

PERPADUAN POLITIK SABAH (2002-2018)

PERPADUAN politik Sabah demi kepentingan rakyat Sabah hanya bertahan 16 tahun.

Rakyat Sabah mungkin masih ingat, Umno membuat keputusan mengembangkan sayap ke Sabah pada tahun 1990, hanya kerana PBS keluar daripada Barisan Nasional diambang pembuangan undi pada PRU tahun 1990. 

Umno sebenarnya telah lama mempraktikkan perpaduan politik, sebab itu menjadi tunjang kepada parti barisan nasional yang pernah dianggotai lebih 10 komponen parti.

Berpegang kepada prinsip peraduan poltik sebagai kaedah kepentingan rakyat, maka pada tahun 2002 menerima semula PBS ke dalam komponen Bn.

Pada PRU 2004, perpaduan politik Sabah telah menyumbang kepada kemenangan Bn Sabah, apabila menang 24 daripada 25 kawasan Parlimen dan 59 daripada 60 Dun. Keputusan serupa diulangi pada PRU 2008, walaupun pada PRU 2013, Bn Sabah kalah 3 kawasan parlimen dan 12 Dun, sebagai impak retaknya perpaduan politik, apabila SAPP bukan lagi sebahagian daripada Bn, termasuk beberapa pemimpin seperti Datuk Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Lajim Ukin menyertai parti lawan.

Titik-titik pecahnya perpaduan politik bermula pada PRU-13, dan kemudian membesar pada tahun 2016, apabila Naib Presiden Umno Datuk Shafie Apdal menubuhkan parti Warisan Sabah.

Sebagai impak kepada pecahnya perpaduan politik, maka Bn Sabah kehilangan banyak kerusi baik di peringkat Parlimen mahupun Dun pada PRU-14. Bn dengan menguasai 51 kerusi DUN menjelang PRU-14 (termasuk tiga ADUN yang mesra Bn- ADUN Matunggong, Kedamaian dan Luyang) hanya dapat mempertahankan 29 kerusi, apabila ramai pemimpin utama Bn tewas, termasuk Tan Sri Pairin Kitingan di Dun Tambunan, Datuk Yahya Hussein di Dun Petagas.

Perpaduan politik yang erat sebenarnya telah terwujud semasa era Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri, kerana pada era beliau, tidak wujud perpecahan berpunca daripada beliau. Perpecahan politik masa itu, kerana angkara pihak lain.

Dalam sejarah politik Sabah, di era Tan Sri Musa, ramainya pemimpin Sabah dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan, ramainya pegawai-pegawai Sabah dilantik sebagai ketua-ketua jabatan di peringkat persekutuan, malah Sabah diberi peruntukan yang besar daripada Persekutuan, kerana impak kepada perpaduan politik, untuk kepentingan rakyat.

Kerana perpaduan politik Sabah begitu menyerlah sekali, maka Sabah mendapat julukkan, Simpanan Tetap Barisan Nasional (BN Fixed deposit).

Perpaduan politik demi kepentingan rakyat, dijawab oleh Musa dengan memperkenalkan HALATUJU SABAH menjelang tahun 2025- pada masa itu Sabah bakal lepas landas (take off) sebagai Negeri Maju!!!. Data dan fakta membuktikan, bahawa HALATUJU bakal terealisasi, apabila Sabah semasa era Musa, mampu meningkatkan Bajet melepasi RM4bilion, mampu meningkatkan perolehan negeri lebih daripada angka itu, dapat meningkatkan perekonomian Sabah ke paras RM80bilion, daripada RM40bilion semasa beliau mengambil alih jawatan Ketua Menteri. Juga, berasaskan data dan fakta, simpanan kewangan negeri daripada RM184juta tahun 2003, meningkat ke paras RM3.74bilion pada Desimber, 2017. Bagi menyokong HALATUJU, keluasan hutan kekal Sabah daripada 838ribu hektar tahun 2002 meningkat kepada 1.87juta hektar pada Disember, 2017. Tambahan kepada itu, kadar kemiskinan Sabah menurun dengan drastik sekali, daripada 19.7% pada tahun 2009 menjunam kepada 2.9% pada tahun 2016.

Kini, ada pihak-pihak di Sabah terkenang dengan Perpaduan politik demi kepentingan rakyat Sabah. Hakikatnya peluang seumpama itu telah dimiliki rakyat Sabah, namun segelitir daripada mereka yang menyebabkan perpaduan itu musnah, kini sebahagian pula mahu mengembalikan era itu. Kata peribahasa, sekali air bah, maka pantai berubah. Situasi dan kondisi sudah berbeza. Apa kah usaha itu berjaya? sama-sama kita tunggu... . Fikir-Fikirkan!!!.

No comments:

Blog Archive