Latest News

INTEGRASI KAUM DI SABAH TERANCAM

Penulis terbaca melalui keratan akbar Harian Ekspress (Ahad 8 Septerber, 2019) petikan kenyataan Ketua Menteri Sabah- Datuk Shafie Apdal "Saya tidak ingin melihat tanah-tanah di sini (Kemabong) dimiliki orang lain selain kaum Murut"-. 

Kenyataan seumpama ini secara sepintas lalu seronok didengar, namun mempunyai implikasi yang cukup besar terhadap integrasi kaum di Sabah, kerana ianya akan mempengaruhi kaum lain, untuk menghalang kaum bukan daripada komuniti mereka memohon tanah di kawasan majoriti kaum itu.

Jika praktis seperti mana kenyataan Ketua Menteri Sabah itu digunapakai di seluruh Sabah, maka Sabah suatu hari nanti, akan terbahagi-bahagi kepada kumpulan berasaskan etnik. Jika itu berlaku, maka integrasi antara kaum di Sabah bukan sahaja terancam, akan tetapi boleh menimbulkan ketegangan kaum.

Bermula daripada kawasan tempat tinggal, kemudiannya akan berkembang kepada suku kaum, selepas itu merebak kepada agama pula.

Jika diperhalusi, kenyataan Shafie itu, adalah kenyataan politik yang berimpak negatif terhadap kerukunan kaum di Sabah.

1 Response to "INTEGRASI KAUM DI SABAH TERANCAM"

Anonymous said...

PAGI TADI NI ATOK NAIK MENGKUDAKAN LAGI KUDA NYA
KARROT BERI MAKAN MACAI SEKELILING TEPUK TANGAN
RAKYAT BREAKFAST ARI NI BISKUT KERING SAJA
KUDA LAGI BERHARGA BROO ZAMAN ATOK KANN..!



kikikiki...

elok atok beli carrot kat kedai muslim lahhhh.. sekali kuda melantak carrot mcm bekalan kenduri tahlil...

kalau 20 eko hari hari kuda melantak carrot mcm kenduri kahwin laaa...


#buymuslimfirstyaaatok

Blog Archive