Friday, September 06, 2019

BERSATU (PPBM) SIAP SEDIA JELAJAH PELOSOK SABAH

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) cawangan Sabah siap sedia menjelajah seluruh pelosok Sabah, dalam rangka mengherat hubungan antara rakyat dengan parti.

Parti yang baru bertapak di Sabah pada 6 April lalu, sudah menyusun struktur organisasi bukan sahaja di Peringkat Bahagian, Pimpinan Negeri, akan tetapi juga biro-biro.

Dalam siri jelajah nanti, para pemimpin akan dapat melihat atau menilai sambutan rakyat terhadap parti itu, juga untuk menilai keampuhan barisan pimpinan negeri yang diketuai oleh Datuk Hajiji Haji Noor.

Pada hari pelancaran, parti itu telah menerima lebih 120 ribu keahlian, tidak termasuk 64 ribu keahlian Parti Harapan Sabah (HR) yang diterima secara enblock.

Penulis difahamkan, setakat ini, jumlah keahlian parti itu telah menceah lebih 200 ribu hampir bersamaan dengan jumlah keahlian Parti Warisan Sabah.

Di atas kertas, sumber keahlian Bersatu dan Warisan, hampir serupa, iaitu daripada ahli Umno, walaupun Warisan merupakan parti berbilang kaum, berbanding Bersatu, khusus untuk pribumi, seperti juga Umno.

Jumlah keahlian sesebuah parti, merupakan "bank votes" bagi parti menghadapi pilihan raya umum, selain sebagai jentera perai undi semasa pilihan raya.

Jumlah keahlian sesebuah parti sangat membantu pencapaian sesebuah parti semasa pilihan raya, seperti mana dibuktikan oleh parti Umno sejak pilihan raya 1999, 2004, 2008, dan 2013. Apabila Umno Sabah berpecah tahun 2016, ekoran penubuhan Parti Warisan Sabah oleh mantan Naib Presiden parti- Datuk Shafie Apdal, maka memberi impak besar kepada parti pada PRU-14.

Bersatu Sabah, mempunyai matlamat untuk menjadi parti dominan di Sabah, seperti mana disuarakan oleh Datuk Hajiji Haji Noor.

Berasaskan senario politik selepas PRU-14, bukan mudah menjadi parti dominan, kecuali disertai dengan gerakan jitu, termasuk gerakan turun padang dan jelajah serta mempergunakan liputan media sosial secara meluas.

1 comment:

Anonymous said...

Mintalah ketua hakim yang baru dapat melantik hakim yang menghakimi kes rasuah Dr Khir Toyo dahulu untuk mendengar kes LEPAS TANPA BEBAS KES RASUAH BANGLO MURAH LING GUANG ENG yang akan didengar tidak lama lagi. Seterusnya mengendalikan kes rasuah TAHAP TERTINGGI ini.

Barulah nampak ada standardization dari segi hukuman sebab hakim yang mendengar sudah berpengalaman.

Untuk pengetahuan kes rasuah LGE TIDAK PERNAH HABIS dibicarakan dimahkamah, oleh sebab itu tiada apa2 yang telah diputuskan oleh mahkamah?, yeleeeekkkkk, disebabkan campurtangan politik dan ianya AMAT MEMALUKAN SISTEM PERUNDANGAN NEGARA dan tidak pernah terjadi didalam sejarah mana2 negara pun.

Blog Archive