Tuesday, September 17, 2019

TIADA ROMBAKAN KABINET-TUN DR MAHATHIR

TUN Dr Mahathir, menegaskan, selagi beliau Perdana Menteri, tiada rombakan kabinet. Menurut PM ke-7, cara beliau menyelesaikan masalah, bukan menerusi pergantian menteri, sebaliknya menteri yang diberi tanggungjawab, lambat laun akan matang, dan mampu selesaikan masalah yang timbul.

Menggantikan menteri dengan yang baru, tidak semestinya dapat menyelesaikan masalah, sebaliknya mengundang masalah yang baru.

Penegasan Tun Dr Mahathir, selagi beliau Perdana Menteri tidak akan berlaku rombakan kabinet, memadamkan berbagai spekulasi, kononnya, mantan pemimpin Umno seperti Tan Sri Rafidah Aziz atau Datuk Mustapha Mohammad akan menyertai kabinet, dalam satu rimbakan kabinet Persekutuan.

Malah di Sabah ada cerita-cerita, bahawa Ketua Menteri Sabah bakal dibawa ke kabinet Persekutuan, bagi memperkukuh pentadbiran Persekutuan.

Menerusi kenyataan terbaharu Perdana Menteri, bahawa tidak akan ada rombakan kabinet, maka diharapkan, tiada lagi cerita-cerita berkaitan rombakan kabinet Persekutuan.

Pada selesa, 17 September, Tun Dr Mahathir bermesyuarat bersama Kabinet Kerajaan Sabah, di Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di Telok Likas, Kota Kinabalu.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan kerja sehari ke Sabah, dan akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur, pada pukul 4 petang.

No comments:

Blog Archive