Tuesday, June 25, 2019

KUAT KAH PARTI WARISAN?

WALAUPUN pemimpin DAP dan PKR Sabah tidak meluahkan protes mereka terhadap kepimpinan Parti Warisan Sabah secara public, tetapi perasaan itu seperti api dalam sekam.

Semalam penulis berkesempatan berbual dengan salah seorang Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) daripada DAP, untuk bertanyakan, apa pengalaman beliau sejak menjadi sebahagian daripada kerajaan selama setahun. "Dahulu, sambutan rakyat terhadap kami sangat positif, tetapi sekarang lebih ramai yang mencebir daripada yang tersenyum".

"Harapan rakyat terlalu tinggi pada kami, khususnya berkaitan isu-isu yang kami lontarkan semasa pembangkang, namun selepas menjadi kerajaan, kami tidak dapat menunaikan apa yang kami kata".

"Apa yang menjadi penghalang lagi,, kerajaan yang diterajui parti Warisan tidak membantu kami". "Bayangkan status sebagai PPM- berjumpa dengan Menteri Warisan secara rasmi, selama setahun ini, belum dapat terealisasi, meskipun temu janji telah lama dibuat:".

"Masalah yang kami hadapi, para pemimpin parti Warisan termasuk di peringkat bawah, merasakan mereka terlalu kuat, sebab itu, rata-rata besar kepala".

Sementara itu, seorang aktivis Parti Warisan yang berintial E, berkata, "Kalau anda bukan daripada Sempolna, jangan harap dapat projek daripada peruntukan khas Jabatan Ketua Menteri". "Bukan itu sahaja, mana-mana Kementerian atau jabatan-jabatan yang dikuasai pemimpin Warisan, jangan harap untuk mendapat sebarang projek, kerana syarat tidak langusng mereka, adalah kontraktor atau perayu yang berasal daripada kawasan Pantai Timur, khususnya daripada Semporna".

Seorang lagi yang mengaku sebagai penyokong kuat Parti Warisan Sabah yang berasal daripada Pantai Barat Sabah yang berinitial R, yang mana semasa perebutan kuasa Jawatan Ketua Menteri antara 10-12 Mei, 2018, keluar masuk daripada Rumah Datuk Shafie Apdal di Taman Golf View, Jalan Bundusan, Penampang, menyatakan, bahawa Shafie sekarang, bukan Shafie yang beliau kenali sejak tahun 2016. Menurutnya, Ketua Menteri itu telah berubah 360 darjah, malah "sayapun tidak lagi dapat mendekati beliau, tidak seperti dahulu". "Mungkin saya bukan daripada suku sakat beliau, sebab itu, mereka yang baharu sahaja menyokong, akan tetapi daripada suku sakat beliau, itu lah yang mendapat keistimewaan".

Menurut R, mungkin Shafie terperangkap dengan senarai Majlis Kerja Tertinggi parti itu yang dipilih pada pemilihan parti baru-baru ini, yang mana majoriti yang menang adalah daripada mereka yang beragama islam, sebab itu Shafie "mengutamakan" mereka yang beragama islam-ketus R.

Seorang lagi penyokong kuat Parti Warisan yang sempat berbual-bual dengan penulis semasa rumah terbuka seorang kawan, menyatakan, bahawa sindrom yang melanda Parti warisan sekarang, bahawa rata-rata pemimpin parti merasa sudah kuat, sehinggakan tidak memerlukan sokongan parti-parti lain, khususnya daripada DAP dan PKR apa tah lagi PPBM, kerana mereka melihat jumlah ADUN Warisan yang boleh membentuk kerajaan Sabah secara bersendirian. Selain itu, majoriti agensi atau jabatan-jabatan kerajaan atau kementerian, para pegawainya adalah penyokong atau simpatisan Parti Warisan Sabah.

Melihat kepada tingkah laku Parti Warisan Sabah, nampak gayanya, pada PRU-15, parti itu akan bertanding sebanyak mungkin kerusi DUN, untuk menubuhkan kerajaan sendiri, tanpa pengelibatan parti-parti lain, kerana memangpun parti itu bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Penyusunan kekuatan yang dilakukan oleh Kerajaan yang diterajui Shafie yang meliputi semua peringkat, adalah petanda, bahawa Parti Warisan Sabah akan bertanding secara solo.

Sepatutnya, gejala yang dilakukan Parti Warisan ini, sudah dikesan oleh para pemimpin parti-parti dalam Pakatan Harapan, kerana petanda itu, sudah dapat dilihat semasa PRK Sandakan, menerusi slogan 'SABAH KITA PUNYA" yang dilaung-laungkan oleh pemimpin Parti Warisan Sabah.

No comments:

Blog Archive