Tuesday, May 14, 2019

SELERA RAKYAT SABAH TELAH BERUBAH

APABILA selera politik berubah, ianya sama dengan perubahan selera makan. Bukan pelik jika perubahan selera berlaku pada manusia. Demikian juga dalam politik, selera boleh berubah.

Di Sabah, menyokong DAP di kawasan majoriti kaum cina, bukan baharu, ianya bermula sejak tahun 1978 lagi, khususnya bagi Parlimen Sandakan.

Masa lalu, DAP hanya menang di kawasan Parlimen, tetapi akibat perubahan selera pengundi, maka parti itu mula memecahkan badi itu pada tahun 2008, apabila menang di Dun Sri Tanjong, juga kawasan majoriti cina.

Pada PRU berikutnya, iaitu tahun 2013, jumlah ADUN parti itu bertambah, apabila menang di Dun Kapayan, Luyang dan Likas.

PRU-14, parti itu menang 6 ADUN, sehinggakan memberi laluan kepada penubuhan Kerajaan pimpinan Parti Warisan Sabah, apabila parti itu, Warisan dan PKR berkolaborasi mempunyai 29 kerusi sama dengan jumlah kerusi Bn (sebelum pecah), sehinggakan DUN Sabah tergantung.

Bn Sabah yang merupakan "Fixed Deposit" Bn menjelang PRU-14, kehilangan sokongan rakyat, sebagai impak kepada perubahan selera pengundi.

Apabila selera pengundi berubah, tiada cara menghalangnya, sebaliknya tindakan politik perlu diselarikan dengan arus perubahan tersebut.

Kempen Parti Pembangkang semasa PRK Sandakan, yang mengangkat isu-isu sara hidup, kos barangan, pemansuhan bantuan kepada rakyat, merudumnya harga kelapa sawit, pembangkitan janji-janji manifesto PH yang tidak ditunaikan, ternyata tidak menjadi panduan pengundi memilih.

Kemenangan DAP bagi Parlimen Sandakan, memang tidak boleh dihalang, kerana kawasan itu merupakan wilayah parti itu, namun kemenangan parti itu bagi PDM bumiputera islam merupakan pembuktian, bahawa selera pengundi pengundi Sabah betul-betul berubah.

Sesuai dengan perubahan selera pengundi Sabah, demi pengwujudan semak dan imbang pada PRU-15, parti-parti pembangkang bermula daripada sekarang perlu mencari formula jitu, agar ada kawasan-kawasan boleh menangi pada PRU tersebut. Jika formula jitu tidak dapat ditemui, maka besar kemungkinan, semua parti pembangkang tidak bakal menang satu kerusipun pada PRU 15.

No comments:

Blog Archive