Sunday, February 17, 2019

PPBM MASUK SABAH- APA PILIHAN SHAFIE?

Datuk Shafie boleh memilih menarik sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH), dan pada masa yang sama membawa bersama-sama beliau wakil rakyat daripada DAP dan PKR.

Melihat senario sekarang, selepas PPBM memutuskan untuk mengembangkan sayap ke Sabah, setidak-tidaknya 2 ADUN PKR dan 1 ADUN DAP bakal menyertai beliau apabila bertindak menarik sokongan terhadap PH.

Jika baki ADUN PKR dan DAP tidak sanggup meninggalkan parti masing-masing, setidak-tidaknya Shafie masih mempunyai sokongan 40 ADUN termasuk ADUN dilantik daripada 66. Shafie hanya memerlukan sokongan 34 ADUN bagi mengekalkan kerajaan.

Penanguhan sidang akhbar Shafie berkaitan keputusan PPBM masuk ke Sabah daripada Ahad kepada Isnin (esok), menunjukkan bahawa beliau berdepan dengan dilema, apa kah menyambut baik kedatangan PPBM atau memilih tidak lagi berkolaborasi dengan PH.

Shafie sedar, diperingkat Persekutuan, jumlah kerusi Parlimen Warisan tidak lagi berimpak, kerana PH tanpa Warisan boleh meneruskan Kerajaan Persekutuan, kerana mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi.

Kerajaan yang menerajui Sabah menjadi pembangkang kepada Persekutuan, bukan satu tindakan baharu, kerana sebelum ini Parti PBS semasa menerajui Sabah, juga pernah menjadi kerajaan yang membangkang kerajaan Persekutuan.

Melihat slogan Parti Warisan Sabah, Sabah for Sabahan dan Sabahan for Sabah dan dihubung kaitkan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), bakal membuat keputusan drastik.

Sebenarnya, rata-rata pemimpin Warisan dan penyokongnya, lebih gemar memerintah negeri tanpa pengelibatan parti-parti luar.

Sama-sama kita tunggu, kandungan sidang akhbar Datuk Shafie esok, di Kota Kinabalu.

No comments:

Blog Archive