Sunday, February 17, 2019

PPBM KE SABAH-TUN DR MAHATHIR TAHU SIAPA SHAFIE

Tun Dr Mahathir tahu betul siapa Datuk Shafie Apdal, semasa Presiden Warisan itu masih dalam Umno dan Menteri KKLW.

Tun sedar, Shafie mahu mncontohi apa yang dilakukan Bapa Kemerdekaan Sabah-Tun Mustapha semasa pemerintahan Usno. Pengerusi PPBM itu, tidak mahu keadaan itu berulang.

Tun tahu hasrat Shafie menentang habis-habisan kemasukan PPBM ke Sabah, supaya, tiada pihak yang bertindak semak dan imbang.

Tun tahu, mengapa ada wakil rakyat DAP dan PKR Sabah bersuara menentang kemasukkan parti beliau ke Sabah- kerana menerusi pengembangan sayap itu, mereka tidak boleh lagi mendapat "urusan kemewahan" yang mereka kawtim dengan Shafie.

Kemasukkan PPBM ke Sabah berasaskan keputusan parti itu bersendirian, menunjukkan, bahawa Tun, tidak sudi naungan DAP dan PKR. Seorang pemimpin seperti Tun, tidak akan sudi meninggalkan sebuah yang parti kecil, yang boleh diperkotak katikkan di masa depan, terutama, apabila beliau "bersara" dalam politik.

Wakil rakyat daripada DAP khususnya ADUN Luyang-Phoong Jin Zhe, boleh-boleh mendakwa bahawa kemasukkan PPBM ke Sabah, menikam belakang Warisan, sedangkan fakta nyata, kerajaan Warisan yang disokong DAP dan PKR, merupakan kerajaan hasil tikam belakang atau kerajaan hasil katak.

Penulis tidak tahu bagai mana ADUN Luyang itu boleh lupa tindakan 6 ADUN Katak pada 11 Mei,2018 yang membolehkan Datuk Shafie mengangat sumpah jawatan Ketua Menteri pada 12 Mei,2018.

ADUN Luyang itu cuba menafikan fakta, bahawa PRU-14 Sabah, tiada parti pemenang, kerana Bn ada 29 kerusi, bersamaan dengan jumlah kerusi campuran antara Warisan, DAP dan PKR yang juga 29.

ADUN Luyang itu lupa, bahawa selepas BN bekerjasama dengan STAR maka mempunyai 31 Kerusi, dan jumlah kerusi itu membolehkan Bn dan STAR membentuk kerajaan dengan majoriti mudah daripada 60 kerusi DUN Sabah.

Mengapa ADUN Luyang itu boleh lupa? sebabnya, hanya mahu meneggakan benang basah, demi "urusan kemewahan" yang diperolehi menerusi kerajaan pimpinan Shafie.

Mereka tidak sedar, selama 10 bulan Tun Mahathir memerhatikan tindakan mereka, khususnya tindakan Shafie, sebab itu Perdana Menteri itu membuat kiasan, "Kami akan berbincang berhubungan kemasukkan PPBM ke Sabah, kemudiannya kami akan memutuskan apa kah ikut Shafie Apdal atau Shafee Abdullah".

2 comments:

Unknown said...

Saya rasa tidak adil mengaitksn Tun Mustapha yang meletakkan perjuangan Tun di ruang sejarah yang salah. Bagi saya itu satu penghinaan dan pandangan yang tidsk bertanggong jawab

Anonymous said...

Tun M lebih suka Sabah tunduk kepada KL kerana itulah asas Malaya memujuk Sabah/Sarawak menubuhkan Malaysia kerana hasil minyaknya. Terbukti sampai sekarang Malaya adalah Malaysia dan Malaysia adalah Malaya.. kaya dan membangun. Kedua, Sabah mesti diMelayu Islamkan. UMNO Sabah tidak boleh diketepikan. Pendatang Bugis mesti dibela.
Selagi politik Malaysia memainkan bangsa Sabah jangan mimpi TM menghormati keputusan PRU.
Arwah Tun Mustapha sudah pesan seluruh Rakyat Sabah supaya waspada.

Blog Archive