Monday, February 18, 2019

PARTI WARISAN TIDAK DIBERI MANDAT OLEH RAKYAT SABAH

REKOD politik Sabah perlu dibetulkan berasaskan fakta, supaya di kemudian hari tidak menjadi rekod sejarah yang salah.

Keputusan PRU-14 Sabah, daripada 60 DUN yang dipertandingkan, Bn (masa itu sebelum berpecah) mendapat 29 kerusi, Parti Warisan Sabah (PWS) 21, DAP-6, PKR-2 dan STAR-2.

Berasaskan akta pilihan raya, tiada parti sebagai pemenang, namun berasaskan Perlembagaan Negeri Sabah, parti mana yang mempunyai kerusi terbanyak (berasaskan logo yang digunakan semasa pilihan raya) maka parti itu boleh membentuk kerajaan minoriti.

Pada 10 Mei,2018, sehari selepas PRU itu, Bn bersama STAR membentuk kerajaan negeri, selain memenuhi akta pilihan raya juga memenuhi syarat perlembangaan negeri. Namun, kemudiannya kerajaan yang dibentuk itu, tumbang, ekoran 6 ADUN Bn berpaling tadah dan menyokong Datuk Shafie Apdal. Walaupun demikan, hakikatnya kerajaan Bn masa itu sepatutnya masih SAH kerana masih mempunyai 23 kerusi, di mana bilangan ini masih merupakan bilangan terbanyak berbanding parti-parti lain. Akan tetapi, TYT Sabah membuat keputusan lain, apabila melantik Shafie sebagai Ketua Menteri pada 12 Mei, meskipun Ketua Menteri yang dilantik pada 10 Mei, iaitu Tan Sri Musa Aman tidak meletakkan jawatan.

Ekoran kemelut Ketua Menteri Sabah tersebut, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada November, 2018 mengunapakai krisis Perak, dalam isu yang serupa, dan memutuskan perlantikan Shafie sah, walaupun ramai pengamal undang-undang berpendapat keputusan itu jelas melanggar Perlembagaan Negeri Sabah. Kini, keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dalam peringkat rayuan di mahkamah rayuan, Kuala Lumpur, dan dikatakan pengurusan kes pada 28 Fenruari ini.

Rayuan ke atas keputusan itu, semata-mata untuk memperjelaskan berkaitan Perlembagaan Negeri Sabah, apa kah kandungan Perlembagaan Negeri yang menyatakan bahawa parti yang terbanyak daripada segi kerusi boleh membentuk kerajaan atau kerajaan yang dibentuk berasaskan jumlah kerusi terbanyak tanpa melihat latar belakang mereka itu.

Kerana adanya isu berkaitan Perlembagaan Negeri yang dihubungkaitkan dengan tiada parti yang mendapat majoriti mudah daripada 60 Dun yang dipertandingkan, maka dengan jelas demi rekod sejarah, PRU-14 Sabah, PWS tidak diberi mandat oleh rakyat Sabah untuk memerintah Sabah.

1 comment:

Unknown said...

Admin bodoh..in the constitution...who ever command the majority of the elected reps in the legislative assembly has the right to form a government...not the numbers of votes. Our system is from our colonial master. The British.

Blog Archive